11 Mar 2007

"Cinta di Kebun Getah"



Mungkin begitulah lebih kurang tajuk sebuah drama andaikata perbicaraan mahkamah kes rogol, yang sedang hangat berlangsung di Sabah, melibatkan seorang lelaki berusia 80 tahun di jadikan sebuah filem. Ini bukanlah kali pertama kes-kes yang melibatkan warga tua ini berlaku. Tapi dari segi umur, mungkin inilah yang kira paling rekod! (atau ada lagi?) Paling famous ialah kes yang melibatkan si mamai...errr...dengan huruf besar..."G-bukan nama sebenar" beberapa tahun lalu, sehinggakan nama beliau bertukar dari 'katanama' (noun) ke 'kataperbuatan' (verb). Samalah juga macam kes Bobbit di Amerika, sehinggakan nama 'Bobbit' (slice) tu sekarang menjadi kataperbuatan. Berbalik pada kisah si mamai 80 tahun ni, bila membaca kes perbicaraan beliau sampai tersenyum-senyum kita dibuatnya (macam menonton rancangan Mr. Bean)

Hari pertama beliau dibicarakan, beliau menolak pelawaan peguambela yang ingin membela beliau secara percuma, siap dengan kenyataan direct to the point 'saya tidak trust dengan peguam Sabah!' justeru mengambil keputusan membela dirinya sendiri! Hari kedua pula semasa membela dirinya sendiri, dengan lantang beliau mengemukakan pertanyaan kepada mahkamah.... "Nokuro tu au dau pinoruput tontok do korogol? soira pod minontian om man nogi dau poruputo?" (Why didn't the woman report when she was allegedly raped. Why only when she got pregnant did she make the report?)<----hah! siapa berani jawap tu! Don't play play sama orang tua! Hari ketiga pula menyaksikan mangsa rogol memberi kenyataan. Ditanya oleh pendakwa bagaimana beliau mempunyai seorang anak sedangkan beliau belum berkahwin?<---(soalan bodoh yang gerenti diketawakan oleh artis Hollywood!). Dengan ringkas mangsa menjawab "si Tausang tarik tangan saya!" (full stop!)...kah!kah!kah!padan muka pendakwa, soalan bodoh diberi jawapan yang sewajarnya! Seperti sebuah filem Hollywood saya rasa di sinilah konflik bermula....sebab apabila budak 17 tahun terbaca laporan ini maka tercetuslah kehairanan "aikk! kena tarik tangan saja terus keluar anak!". Satu cabaran buat mahkamah menggunakan imaginasi yang seliar-liarnya daripada kenyataan sekadar 'ditarik tangan' (tangan kanan pula tu). So siapa bilang wild imagination tidak penting? Ada guna juga tu..kekek! Masuk hari keempat kekeliruan berhubung istilah sebenar rogol semakin ketara apabila si mamai bilang..... "Saya tidak akun rogol, sebab saya suka sama suka, sama dia, saya tidak dapat kacau sama dia, kalau bukan kerana SINTA! (cinta)". (hah! macam mana mau jawab tu?). Bila pendakwa beritahu bahawa dari hasil ujian DNA, anak tersebut memang sah milik si mamai, dia mengaku "memanglah! tapi saya tidak rogol"! ...hehe...(pening mengkali pendakwa dengar jawapan dia ni). Siapa yang mendidik siapa dalam perdebatan istilah rape yang sebenarnya ni!?.

The bottom line is, young and old men alike, masih ramai yang keliru dengan istilah rape yang digunapakai dalam sistem perundangan. Somebody needs to explain to them. But who? The school? The parents? The newspaper? Masalahnya ramai yang tidak baca newspaper. I bet kalau durang ikuti perkembangan semasa kes-kes sebegini, at least they know what are the sentences like. Apakah kesudahan kisah "Cinta di Kebun Getah" ni? Berjayakah si mamai yang berkeras dengan pendiriannya....bahawa aksi suka sama suka tanpa unsur-unsur paksaan (kira slow and steady lah tu) tiada kaitan dengan rogol...dan akhirnya berjaya mempengaruhi mahkamah? Bagaimanakah pula mahkamah perlu meyakinkan seorang warga tua 80 tahun yang perbuatan beliau itu satu kesalahan di sisi undang-undang? Kena tunggu dan lihat keputusan mahkamah nanti.

0 comments: