16 Mar 2007

Debat kelakar

Tersenyum-senyum jugalah saya semasa menonton rancangan pertama “Debat Akademi Fantasia” semalam….one word KELAKAR!. Sekali pandang keadaannya tidak ubah seperti sekumpulan empat orang jejaka berpakaian sempoi (t-shirt and jeans) duduk di sebuah kedai kopi sambil dilayan oleh seorang waiter yang berpakaian cukup kemas. Kalau diujudkan suasana kedai kopi (diletakkan kopi ‘O’ atas meja tu lagi cun!!). Aznil yang berpakaian ala-ala waiter bolehlah menjadi pelayan. Sambil mengacara, sambil-sambil tuang kopi “nak tambah kopi lagi bang!?” (hah! Baru malatup!).
Nak minum apa encik?

Tak perlulah disentuh panjang lebar topik pertama “Perlukah Aswad dan Fatin Dikekalkan di Akademi Fantasia” sebab pada pendapat saya Astro memang mempunyai terma dan syarat yang mencukupi dalam menangani situasi cemas yang tidak dirancang sebegini dan mungkin telahpun membuat keputusan sebelum debat berlangsung. Perdebatan topik tersebut hanyalah sekadar untuk mencetus drama dan mungkin juga untuk mengutip derma, hasil dari undian SMS (kenalah kutip derma untuk menampung perbelanjaan tambahan rawatan kedua-dua pelajar ini) Namun menurut Aznil, kononnya kataputus samada Aswad dan Fatin pelu dikekalkan dalam AF bergantung kepada hasil keputusan debat. Sebaliknya kataputus SMS jugalah yang diambil kira (88 % ‘Ya’ dan 12% ‘Tidak’). Personally I don’t have any problem if these two students dikekalkan, lantaklah! Adil tak adil is not important (what’s new in AF dalam hal-hal keadilan ini?…sudah lumrah AF). Syabas dan tahniah kepada mereka yang akan terus mengundi kedua-dua pelajar ini, walaupun mereka tidak membuat persembahan nanti!

Yang menariknya apabila topik kedua dibincangkan. Tajuk topik lebih kurang berbunyi “Perlukah Adegan Menangis dalam AF”. Bukan tajuk topik yang menarik perhatian saya, tetapi kenyataan pengetua semasa beliau merujuk adegan ‘pelajar membantu rakan pelajar yang ada masalah menghafal lirik’. Menurut beliau “pelajar yang ada masalah menghafal lirik sepatutnya tidak dibantu oleh rakan pelajar lain!” (kah!kah!kah!...pakcik gelak dengar statement yang tak berhati perut macam ni!). Kenyataan beliau ini lebih kurang bermaksud amalan tolong menolong tidak sepatutnya ujud di kalangan pelajar AF (think only about yourself and don’t bother about your other friends who have problem!). Mungkin amalam selfish sebegini boleh diguna pakai dalam rancangan realiti lain yang tidak memerlukan pelajar dikurung dan diasingkan secara mutlak dari keluarga, sanak saudara dan masyarakat (but not in AF!). Arrgghhh!…malaslah mau komen lebih-lebih isu ni.…you guys tepuk dada tanyalah selera! Saya menonton AF ini saja mau berhibur sambil melayan kelucuan karakter dan kerenah pelajar-pelajar AF yang bakal menjadi bintang. Sambil itu saya undilah juga pelajar yang saya ingin terus lihat di episod-episod seterusnya. Side issues, yang hanya sekadar ingin mencetuskan drama dan kontroversi macam ni, malas mau layan!

0 comments: