7 Jan 2006

Nokuro29....

Nah.... inilah dia trio dari Keningau, yang terdiri daripada Rydu, Vincent dan Uyu.....menggelarkan diri mereka Nokuro29....

Yang berambut pendek tu Rydu namanya...baru berusia 19 tahun dan pelajar tingkatan enam atas di SMK Sook Keningau. Beliau handal bermain keyboard termasuk buat drum programing.Jejaka yang berambut panjang tu pula, namanya Vincent, berusia 21 tahun dan bekas pelajar Kolej AKMA Penampang (oh...I see!) jurusan apa? tak pula dinyatakan dan yang rambut berwarna keperangan tu Uyu...pemain gitar bass....juga berusia 19 tahun. Beliau ni bolehlah dianggap sebagai pemain muzik sepenuh masa. Bergiat secara freelance dan pernah bermain untuk kumpulan Brian Connection (sebuah band yang dianggap top di Keningau). Selain itu beliau juga pernah menganggotai kumpulan D'Bes Power sebuah band projek Zon Keningau. Ketiga-tiga anak muda ini sebenarnya boleh bermain berbagai jenis muzik termasuk dangdut, sumazau, joget serta jenis-jenis muzik lain dan memang tidak asing pada majlis-majlis keramaian di daerah tersebut terutama sekali majlis perkahwinan. Malah untuk album pertama mereka yang berjodol "Nokuro Tu.." mereka juga ada menyelitkan irama "berperisa" tempatan Sabah, selain lagu berentak punk dan ska. Tapi yang peliknya tiada pula irama sumazau! (hah! NOKURO TU..???)

Ada 10 buah lagu dalam album pertama mereka yang bakal berada di pasaran dalam bulan April. Antara lagu-lagu yang bakal dimuatkan ialah Aramai Ska, Nokuro Tu...(kedua-dua lagu ni sedang berada online - Track 54 dan 55), Upus, Sarapon, Nana Song, 28 Minit (lambat 3 minit dari Michael Learns To Rock), Pogulio Tupus Di Pogulu, Kopusan (perkataan wajib dalam lagu dusun), Ona, Trust Pada Bulan ( yang ini lagu melayu...tapi perkataan "trust" tu aneh sikit)


"Sebenarnya diorang plan... muzik diorang lebih kepada gitar oriented....lebih kepada macam muzik Simple Plan.....tapi buat percubaan/permulaan main bentuk-bentuk ska sebab ia lebih dekat dengan beat sumazau... lebih bikin orang tebeguyang dan berpogo masa pesta-pesta kawin atau kaamatan. Kena mesra Keramaian lah lebih kurang", kata Encik Seriband (bukan nama sebenar) selaku jurucakap Nokuro29. Ketika ditanya dari mana pula datangnya idea menamakan kumpulan ini Nokuro29, beginilah jawab beliau "Nama Nokuro29 itu sebenarnya terpilih setelah macam-macam nama cuba dicadangkan...asalnya nama kumpulan dipanggil RyduVincentUyu....tapi panjang, susah mau ingat dan sebut. Macam-macam nama dicari cth; Shumara, Tanaq Wagu, Bobolian, nama-nama hantu dusun,...tiada yang kena di hati....so tiba-tiba why not ambil tajuk lagu Nokuro Tu.. sebab lagu inilah yang menggerakkan mereka cuba masuk industri musik kita. Lagu Nokuro Tu.. ini mula rakam pakai gitar kapok tahun 2002(mungkin lupa suda...versi asal cha ca..har...har..har...) Kitorang pilih lah Nokuro..... 29 itu ngam ngam hari nama ini dipilih 29 haribulan. Masa itu sudah masuk studio, rakam muzik( semua musik main sendiri...tiada pemuzik undangan...) Tapi tiada nama kumpulan, susah mau booking haribulan masuk studio kalau nama pun tiada...jadilah Nokuro29" alkisahnya....
Kumpulan ini juga khabarnya telahpun menyiapkan empat buah klip video mereka. Sama-samalah kita nantikan kemunculan album pertama mereka. Nampak gaya kumpulan ini menampilkan sedikit kelainan dan bakal menyajikan "variety" dalam hasil-hasil karya anak tempatan Sabah. Semoga mereka akan bertapak lebih jauh lagi selepas ini. Syabas!

3 comments:

Anonymous said...

Shallom....

Hi db.. Nie ka durang tu?
Ada sia mo tanya bah..
Kenapa diurang pilih "nokuro29"
sebagai nama kumpulan diurang?..

Dari keningau kan diurang?..
Berapa umur diurang tu?..
Mana satu vokalis?..Uinaa...
Bangga la ada banyak sabahan yang berbakat..

mo juga jumpa n dengar diurang nyanyi life nanti..Harap sangat la nie ;) ..

db,pounsikou kc info nie kio..
peace .. :D

Anonymous said...

Miagal Yan...info durang akan menyusul nanti...

Anonymous said...

pounsikou db ;)