15 Dec 2006

Lotter dipinggirkan?

15-12-2006
07:17:49 PM
Wahida Asrani

Hadiah lumayan yang dimenanginya setelah menjadi naib juara Akademi Fantasia musim keempat (AF4) Ogos lalu iaitu sebuah kereta Vios 1.5E berharga RM76,500 nampaknya belum cukup memadai untuk jejaka berusia 24 tahun ini.

Lotter P. Edwin, atau Lotter akui, apa yang difikirkannya ketika ini ialah masa depan kerjaya seninyanya yang dilihat masih samar-samar lagi.

Masakan tidak, walaupun dinobatkan sebagai naib juara AF4, nama Lotter seakan-akan tenggelam dan tidak 'sehebat' rakan-rakan AF4 lain yang ada diantaranya sudah berjaya menempa nama di persada seni.

"Ramai yang tanya ke mana saya menghilang ... kenapa sudah lama tidak dengar berita terbaru tentang saya. Saya sendiri pun tak tahu nak cakap macam mana.

"Memang adakalanya saya rasa macam putus asa, tetapi bila difikirkan semula saya kena teruskan juga impian saya ini," ujar Lotter ketika ditemui pada majlis pra-dengar album 'A Very Merry Chrismas' terbitan Maestro di Betarecs, Damansara, petang tadi.

Lotter risau akan masa depan kerjaya seninyanya yang dilihat masih samar-samar lagi

Menurut Lotter, di dalam masalah ini dia tidak langsung menyalahkan pihak pengurusan, Maestro Talents, tetapi apa yang berlaku dianggapnya sebagai satu cabaran yang perlu dihadapinya di dalam industri ini.

"Saya tidak salahkan siapa-siapa di sini. Mereka memainkan peranan mereka dan pada masa yang sama saya sendiri sebagai artis perlu juga ambil inisiatif.

"Tidak timbul isu 'dipinggirkan' sama sekali. Walaupun artis-artis Maestro agak ramai, tetapi kami masih menerima banyak tawaran show," katanya.

Justeru, buat masa ini, kata Lotter lagi, dia hanya memberi tumpuan pada undangan persembahan yang diterimanya sementara menunggu kemunculan album sulungnya tidak lama lagi.

"Tentang album itu, saya sendiri belum pasti bila ia akan keluar sebab ketika ini pun kami masih di dalam proses mengumpulkan material.

"Memang kalau boleh, saya mahu album saya keluar cepat supaya saya tidak terus 'dilupakan' oleh peminat. Tetapi, saya sedar saya perlu bersabar jika inginkan yang terbaik," kata Lotter yang menambah albumnya itu nanti akan berkonsepkan alternatif rock .

Ujar anak kelahiran Sabah ini, dia tidak menafikan adakalanya dia berasa 'iri hati' melihat rakan-rakan AF4 lain yang sudah mula mempunyai tapak yang kukuh di dalam industri hiburan ini, sedangkan dia yang menjadi naib juara AF4 masih di belakang.

"Siapa yang tidak terasa. Tetapi, itu tidak bermaksud saya tidak puas hati dengan mereka. Itulah yang dikatakan rezeki masing-masing. Apa sebabnya yang membuatkan saya agak tenggelam, saya sendiri pun tidak tahu jawapannya.

"Dalam ramai-ramai rakan AF4, saya lihat Haziq lebih menonjol dan aktif. Mungkin kerana dia membawakan konsep lagu tradisional yang jauh berbeza dengan kami semua. Sebagai rakan, saya berbangga dengan dia," tambah Lotter.

Album Krismas 'penyelamat' Lotter

Apabila Maestro membuat keputusan untuk mengeluarkan album khas sempena perayaan Krismas tidak lama lagi, Lotter adalah antara artis yang amat gembira dengan perancangan tersebut.

"Album inilah yang boleh saya jadikan sebagai hadiah untuk peminat buat sementara waktu ini. Walaupun semua lagu-lagunya adalah tentang Krismas, tetapi tidak salah untuk yang lain memilikinya juga.

"Memang hanya beberapa buah lagu saja yang saya nyanyikan, tetapi saya sudah cukup berpuas hati. Ini sebagai bukti kepada peminat bahawa saya masih berada di sini," ujar Lotter.

Di dalam album A Very Merry Christmas itu, Lotter menyanyikan dua buah lagu iaitu Tuhan Poboros No (bahasa Kadazan Dusun) hasil nukilan dan ciptaan ayahnya sendiri, Petrus Edwin Edin serta sebuah lagi lagu duet bersama Marsha.

"Sebenarnya, memang sudah lama ayah saya cipta lagu itu sewaktu dia masih muda lagi. Jadi, saya sampaikan hasrat kepada Maestro untuk masukkan lagu tersebut di dalam album ini," kata Lotter yang akan bercuti selama sembilan hari untuk menyambut Krismas bersama ahli keluarganya di Sabah.

Album tersebut boleh didapati di pasaran dengan harga RM21.

3 comments:

George Duat said...

According to him MAESTRO has done their part, and the so called 'sidelined' issue never happened at all.. so where are the problems here?

Hmmm...

dBOS-fm said...

Not very clear isn't it?...I guess the media brought up the issue cos they feel lotter is not menonjol enough compare with d other top 5..(maybe the media know better)... what Mastro has done maybe is not good enough...n some ppl expect more. Not a bad idea if Mastro release him to other labels...

F!oNa said...

ekeke...

so mana dia album natak itu?
mo juga sia beli :)