24 Mar 2009

Berhati-hati

Harian Metro pada 22 Mac melaporkan seorang individu yang telah berjaya menipu segelintir artis dengan caranya yang licik. Malah bukan setakat artis tetapi pensyarah dan ahli perniagaan juga menjadi mengsa beliau. Antara temberang bekas pengurus artis itu, dia mempunyai kontrak pengedaran album dengan syarikat terkenal Indonesia, MD Entertainment dan hubungan baik dengan penyanyi kumpulan Dewa, Ahmad Dhani sehingga boleh meminta lagu daripadanya (tu dia!)

Wajah Mr.S, individu yang dikatakan menipu artis Kredit


Saya sengaja meletakkan topik ini di sini sebab temberang individu ini begitu berkait rapat dengan memenuhi impian seseorang menjadi artis rakaman (beliau mengatakan kenal rapat dengan orang-orang dalam industri muzik...orang itu, orang ini..bla..bla..bla, dia guna nama Infinatez pula tu!) Setakat ini belum ada laporan beliau tertangkap mana tau juga dia terbang ke sini lalu menjalankan operasi beliau di sini dengan mengambil kesempatan di atas impian-impian tinggi menggunung orang-orang di sini (siapa yang tidak mahu merakam lagu dari Ahmad Dhani...kan! :)). Yang bahayanya, beliau juga dilaporkan mengguna ilmu hitam.

Bacaan selanjutnya klik sini


P/s:Could this be the same person yang menipu Rini AF7 dengan kembarnya, untuk menjadi artis rakaman

2 comments:

defoo said...

Klu ko baca yg metro tu ada si Andy Infinatez ckp psl dia naik bumbung kan? Ko bayang la sanggup dia naik bumbung, kami tau sebab bila tuan rumah aka landlord (Mr.S kasitau kami tu rumah dia yg punya) bersama2 beberapa org masuk tu rumah nampak ada siling terlopong. Padahal before tu dia ada dlm rumah, takut dia mo bersemuka smpi panik lari ikut bumbung. Klu mo cerita mmg byk lagi dia putar belit, satu persatu kami sedar. Yg sedih dia kami x la tertipu duit sgt tp dia guna nama Infinatez utk tipu duit org.

dBOS-fm said...

Dia guna ilmu hitam mengkali terbang ke bumbung..hehe