30 Mar 2007

Kelab Heliza AF dilancar



PEMINAT dan penyokog pelajar Akademi Fantasia 5 (AF5), Nur Heliza Hilmi atau lebih dikenali sebagai Heliza dijemput menghadiri pelancaran Kelab Heliza AF di Bangunan UMNO Kalabakan hari ini. Setiausaha kelab, A. Malik Mat berkata, pelancaran kelab itu akan disempurnakan Ahli Parlimen Kalabakan yang juga ketua UMNO Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh. Turut hadir setiausaha Politik Menteri di Jabatan Ketua Menteri yang juga Ketua Wanita Umno Kalabakan, Datuk Hamisa Samad.

A. Malik berkata penubuhan kelab itu sebagai langkah awal memberi sokongan padu kepada Heliza yang telah menetap di Tawau sejak berusia 13 tahun, walaupun pelajar itu kini mewakili Terengganu. "Heliza dilahirkan di Kuala Terengganu tetapi dibesarkan di Tawau sejak berusia 13 tahun kerana bapanya bertugas sebagai polis Bergosong, Sebatik," katanya. Pelajar yang memilki suara mirip Datuk Siti Nurhaliza itu adalah bakal guru yang kini menangguhkan pengajian tahun kedua dalam bidang pendidikan Biologi/Kimia di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Heliza pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Konven St Ursula, Tawau memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum melanjutkan pengajian di kolej Matrikulasi Labuan.

Anak kedua dari empat beradik itu berminat dalam bidang seni suara dan pernah menjayakan pelbagai program kemasyarakatan anjuran UMNO Kalabakan. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi A. MAlik di talian 012-8190101.

Oleh Hasnawati Habibuding, Hiburan Harian Ekspres


Punching bag

So AF5 finally has a punching bag (another wish come true). Tapi lucu jugalah punching bag tu, silap-silap bukan ditumbuk tapi dipeluk...hehe!

5 comments:

Anonymous said...

si heliza ni kira orang sabah juga bahkan ambil pmr spm matriks u sini..

auditio pun dikk

cuma astro x mau kasi nampak byk kuota sabah

dBOS-fm said...

Hmmm...mungkin istilah penduduk Sabah ngam pakai..:)). Tapi tak kesah lah tukan...kita semua rakyat Malaysia!

Anonymous said...

yap. nda kesah la kan. kita rakyat malaysia. hehe. sy minat ebi(corazon), heliza(sweet), dekna(lucu), mila(sbb dia kuat ketawa-tp kwn sy xstuju dgn sy. tp suara mila pun sedap apa-tp nda lama lg ni terkeluar la dia ni),dafi (sbb dia pencinta wanita-comel sgt).

- i.love.ebi (mmg marah la kwn sy kalo nampak ni)

dBOS-fm said...

Kalau non-Sabahan sya suka c Dekna, Fatin...mmm Aswad pun ok juga dari segi bakat.

product label printing said...

The entire class was involved in Candy's "Perhaps Perhaps Perhaps" performance,and for a few minutes the academy turned into a scandalous night club full of smouldering looks,lusty glances and flirty gestures.