

And the sound system? I've to give it 6 over 10!


Pertama kali mendengar budak ni menyanyi ialah semasa pertandingan Bintang Sabah di Buhavan Square Januari tahun lalu (2005). Terkejut beruk saya, manakan tidak punyalah nyaring suara dia ni. Masa itu beliau menyanyikan beberapa buah lagu tapi yang saya ingat jelas ialah lagu "It's My Life" (Bon Jovi) dan "Hero" (Enrique Iglesias). Kalau lagu yang dinyanyi tu ditingkatkan key ke 1,2 octave tidak apa lagi, ini dia ubah ke full octave, nyaring habis!senyaring penyanyi Hindustan perempuan! Keistimewaan kanak-kanak ni lagi ialah beliau memiliki stage showmanship yang hebat (manakan tidak, dengar khabarnya pernah menjadi juara wushu kanak-kanak). Kalau menyanyi lagu rancak memang tidak sah kalau tidak melompat, berpusing-pusing, flying kick dan bersilat. Semua ini dibuat tanpa terkapus-kapus (budak-budaklah katakan). Beliau ni memang sering mendapat undangan membuat persembahan pentas dan pernah beberapa kali berkongsi pentas dengan bintang-bintang AF3. Dengar khabar juga, beliau bakal merakamkan album. Saya rasa amat bertepatan sekali dan elok juga dipercepatkan sebelum suara dia bertukar manjadi garau! (Tak silap tahun ini usia beliau 12 tahun, tahun depan 13...nah mau bertukar suara sudah tu!). Teringin juga nak mendengar beliau mendendangkan lagu-lagu nyanyian Michael Jackson semasa zaman kanak-kanak seperti "Rocky Robin", "Ben", "I'll Be There" dalam persembahan-persembahan beliau...gerenti mengancam!
Nazwa Naslie
Kalau tak silap saya, dia lah ni yang pernah menyanyi di KDCA semasa Pesta Menuai tahun lalu. Berusia 13 tahun dan telah menghasilkan album yang telah dilancarkan dalam bulan ini. Lagu beliau yang bertajuk Ikoyo Tundu Unduku, berkedudukan tangga kesepuluh dalam carta lagu Dusun minggu lepas (masuk carta juga!). Suara memang boleh tahan dan kedengaran agak matang (boleh didengari menerusi lagu Tudukai Oku di radioblog) tapi vocal range beliau agak terhad sedikit (tidak seperti Angelbon).
Harap-harap mereka ini bakal menjadi pelapis kepada bakat-bakat yang sedia ada sekarang dan dengan bimbingan yang betul dari pihak-pihak tertentu terutama dari ibubapa mereka sendiri, mereka akan dapat meneruskan kareer seni mereka tanpa menjejaskan bidang akademik. Ada juga beberapa penyanyi-penyanyi cilik yang hebat sebelum ini, seperti adik Rowell yang mempunyai style menyanyi rythm and blues dan memiliki mutu suara yang lebih hebat dari kedua-dua adik kita di atas. Tapi sekarang ini beliau sudah tidak kedengaran lagi. Mungkin ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bidang pelajaran (hmm...elok lah tu) tapi malang sekali suara zaman kanak-kanak beliau tidak sempat diabadikan dalam sebuah album (kalau tak silap tahun ini beliau berusia 15/16 tahun?)


Inilah barisan kita!! (perbarisan kenderaan melebihi 1 km menanti giliran naik feri)
kesian van ini sikit nda dapat naik
jangan susah...dalamnya memang luas..
kenderaan bersusun rapat-rapat
duhhhh......padatnya!
pemandangan feri meninggalkan Menumbok...boleh juga ambil boat xpress di sini...
Beberapa penumpang yang nda pernah nampak laut
suasana dalam passengers deck.....ada cafe lagi..
tempat menonton video (ada dua bahagian depan dan belakang) gambar diambil sebelum tayangan filem King Kong dimulakan
Atukk!! Isai ilo!(yaiiii!!)
Apa yang direnungkan tu bang?! Ikan duyung?
Oh pantai Mempakul rupanya
Yeppiee!...sampai Labuan (pusat akuatik labuan yang sampai sekarang kosong)
Uiina...kawasan glamer.....Financial Park, Sheraton Hotel dan Marina
Baik-baik bawa kereta tu!
Penumpang khusyuk menyaksikan askar TLDM membersihkan kapal (macam aksi circus bah durang menyuci)
Labuan new seaport terminal...canggih! macam airport!
Aaaahh..chooo!! kasut (aku beli di KK) yang harganya RM40 lebih murah di Labuan (arrgghh! boleh beli dua CD tempatan) actually banyak juga barangan di Labuan yang harga masih murah berbanding di KK...(selain daripada kereta, 7-10, rokok dll)
(oppss...gambar pinjam kah ni?...kekek!)
Oliver George Mool...
Sekar Madusa...
.....dan pemenangnya....ialah.....MEEDA!!! Tahniah!!...Tahniah!

Ada 10 buah lagu dalam album pertama mereka yang bakal berada di pasaran dalam bulan April. Antara lagu-lagu yang bakal dimuatkan ialah Aramai Ska, Nokuro Tu...(kedua-dua lagu ni sedang berada online - Track 54 dan 55), Upus, Sarapon, Nana Song, 28 Minit (lambat 3 minit dari Michael Learns To Rock), Pogulio Tupus Di Pogulu, Kopusan (perkataan wajib dalam lagu dusun), Ona, Trust Pada Bulan ( yang ini lagu melayu...tapi perkataan "trust" tu aneh sikit)

"Sebenarnya diorang plan... muzik diorang lebih kepada gitar oriented....lebih kepada macam muzik Simple Plan.....tapi buat percubaan/permulaan main bentuk-bentuk ska sebab ia lebih dekat dengan beat sumazau... lebih bikin orang tebeguyang dan berpogo masa pesta-pesta kawin atau kaamatan. Kena mesra Keramaian lah lebih kurang", kata Encik Seriband (bukan nama sebenar) selaku jurucakap Nokuro29. Ketika ditanya dari mana pula datangnya idea menamakan kumpulan ini Nokuro29, beginilah jawab beliau "Nama Nokuro29 itu sebenarnya terpilih setelah macam-macam nama cuba dicadangkan...asalnya nama kumpulan dipanggil RyduVincentUyu....tapi panjang, susah mau ingat dan sebut. Macam-macam nama dicari cth; Shumara, Tanaq Wagu, Bobolian, nama-nama hantu dusun,...tiada yang kena di hati....so tiba-tiba why not ambil tajuk lagu Nokuro Tu.. sebab lagu inilah yang menggerakkan mereka cuba masuk industri musik kita. Lagu Nokuro Tu.. ini mula rakam pakai gitar kapok tahun 2002(mungkin lupa suda...versi asal cha ca..har...har..har...) Kitorang pilih lah Nokuro..... 29 itu ngam ngam hari nama ini dipilih 29 haribulan. Masa itu sudah masuk studio, rakam muzik( semua musik main sendiri...tiada pemuzik undangan...) Tapi tiada nama kumpulan, susah mau booking haribulan masuk studio kalau nama pun tiada...jadilah Nokuro29" alkisahnya....
Kumpulan ini juga khabarnya telahpun menyiapkan empat buah klip video mereka. Sama-samalah kita nantikan kemunculan album pertama mereka. Nampak gaya kumpulan ini menampilkan sedikit kelainan dan bakal menyajikan "variety" dalam hasil-hasil karya anak tempatan Sabah. Semoga mereka akan bertapak lebih jauh lagi selepas ini. Syabas!
Nina ingin salut mummynya dengan emas!

Mangga Sep 2005
dbosfm: Adakah kemunculan albumnya bakal menggugat artis-artis yang sedia ada? Adakah suaranya secantik orangnya atau adakah suaranya lebih memihak kepada suara penyanyi Utara India?...seperti wajahnya...
Kini ke mana sahaja dia pergi, ada saja mata memandang. Kini, Felix melangkah setapak lagi mengembangkan karier seninya dalam bidang lakonan pula. Tidak ada angin dan ribut tiba-tiba Felix berlakon Filem. Ir sempat menjenguk seketika lokasi filem arahan Young Juwahir berjudul Misi:1511 bertempat di Stesen Sentral Kuala Lumpur. Filem berkonsep aksi komedi usahasama Malaysia/Indonesia memerlukan Felix berlakon sebagai wartawan penyiaran bernama Jimmy. Sesekai lucu melihat Felix cuba bertutur dalam bahasa Malaysia baku kerana dialek Sabahnya begitu dalam. “Itulah masalah saya di lokasi. Memang ini filem lakonan Saya. Sebelum ini saya pernah berlakon dalam telemovie Gitulah Raya yang akan disiarkan pada Hari Raya kedua. Dalam Misi 1511 watak saya tidaklah besar. Saya memegang watak sebagai Jimmy, wartawan penyiaran. Watak ini mengikut karektor pengacara Trek Selebriti, Jimmy,” ujarnya. Petang itu, biarpun babak yang membabitkan Felix hanya beberapa scene sahaja, namun setiap aksinya menjadi perhatian. Bayangkan penggambaran dibuat di tempat terbuka tentu saja dia menjadi tumpuan umum. Sebagai seorang pelakon baru, tidakkah situasi itu membuatkan dia gementar? Sambil ketawa katanya: “Sebenarnya saya tidak takut dengan orang sekeliling tetapi segan dengan lain yang terbabit dalam filem ini. Maklumlah saya pelakon baru dan risau banyak menyusahkan pelakon lain.
Bersama pelakon utama filem Misi:1511
Barangan peribadi yang mesti ada
Petikan dari Majalah IR Diesember 2005
Oleh: Jemang
Foto: Rozali Mohamad
Copyright 2009 dBOS-fm. All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
WordPress Themes designed by EZwpthemes