Masa sibuk menaip-naip buat kerja sambil memasang Suria FM Kinabalu pagi tadi, saya terdengar sebuah lagu yang dinyanyikan macam sumbang-sumbang (kadang-kadang out of pitch oleh si penyanyi). Saya pun mula fokus sambil mendengar betul-betul. Kualiti gubahan muzik dan adunan pun lain semacam. Saya cuba mengecam bahasa yang digunakan, saya ingatkan lagu Bajau, rupa-rupanya Tagalog! Ya ampun! Kenapa awal-awal sudah dimainkan lagu durang?? (sudahlah kualiti rendah). Are we expecting more of their songs in the future?. Kepada penyanyi-penyanyi tempatan, as announced by the DJ, anda dialu-alukan menghantar CD atau single anda kepada beliau di email suriapagikinabalu@suria.fm.com.my. Bah hantar cepat, nanti lagu Tagalog saja yang kena kasi main.
3 comments:
sebenarnya niat baik Si Dj itu murni ini kerana dia memberi peluang kepada semua pemuzik tanah air tahu bahawa... mereka perlukan sebuat studio yang berkualiti and juga perlu ada sound enginering supaya mereka dapat maju... mereka mempunya bakat cuma cara mereka keluarkan CD mereka tidak menggunakan lebel yang baik atau tidak mempunya sound system baik d studio.. so beri mereka peluang n mereka akan maju.. bukan sumbang tapi itu lah melodi yang mereka ketengah kan n mereka bukan out of pitch cuma distudio mereka tidak dberikan peluang nyanyi dgn baik... n tak ada artis dapat nyanyi one go untuk hasilkan lagu mereka... ada yang buat live consert pun sumbang and out of pitch so jangan mau hantam saja pasal mereka tidak mempunya peluang seperti mereka yang mempunya studio power....
d-BOS-fm, ngam jugak ko bilang, tapi bukan Tagalog yg banyak tapi Bajau Filipina punya lagu @ Bajau Semporna. Mcm tu Bajau Sabah tiada rakam lagu pulak. Tapi yg paling saya inda setuju sekarang bila si OTHOE pasang lagu Indonesia terutamanya lagu si SAIKOJI - COPY MY STYLE. DJ kita ni, inda tau perkembangan semasa ka??? si SAIKOJI tu provokasi memburukkan kita kononnya urang Malaysia copy & curi budaya mereka melalui lagunya itu???? Ko rasa layak ka, manusia macam ni dipasang lagunya di radio tersebut. Lagi baik, lagu indonesia inda payah dimasukkan di suriapagikinabalu. Gantikan saja dgn lagu tempatan sabah yg lain....Macammana???? ^_^
Anony - ya betul tu...lagipun mana ada DJ yg berniat buruk kan! :-)
Bayu Borneo - Hmm...susah juga mo cakap. Ada betul juga cakap ko tu. Kalau saya...saya dengar and enjoy sorang2 ja tu lagu...ndak payahlah terus promote2, cukuplah dorang2 (indon) ja dengar lagipun mana ada durang pernah promote lagu kita kan!.
Post a Comment