6 Aug 2008

Bambazon - Sinopsis

Sinopsis pertama

Sebagai seorang mahasiswi dalam jurusan ekonomi, Ivy mahu keluar dari kemiskinan dan menjadi bangsa maju bukannya mewarisi kemiskinan yang dianggapnya disebabkan oleh pegangan terhadap adat resam. Disebabkan perkara itu juga, Ivy tidak menolak apabila dipilih sebagai calon Unduk Ngadau. Namun dalam pada masa yang sama Ivy terperangkap dalam cinta tiga segi antara Anggidau dan Dol. Ivy bertambah dalam dilema bila Datuk Sahar juga memilihnya sebagai ikon Unduk Ngadau.

Sinopsis kedua

Bambazon mengisahkan pelajar sebuah universiti tempatan bernama Ivy (lakonan Linda) yang enggan memenuhi permintaan keluarganya untuk dijadikan ikon ratu bagi sambutan Pesta Kaamatan di kampungnya. Ivy tidak mahu menunaikan permintaan keluarganya kerana tidak mahu terus hidup di alam fantasi. Ivy mahu memberi keutamaaan kepada soal ekonomi. Bekas kekasih Ivy Angidau (lakonan Felix) diminta oleh keluarga Ivy untuk memujuknya tapi tidak berkesan. Angidau tambah kecewa setelah mendapati Ivy ada kekasih baru Doi (Ebi). Angidau membawa berita yang sukar diterima oleh penduduk kampungnya sehinga mereka memulaukan keluarga Ivy.

dB: Betapa kuatnya pegangan adat resam perkampungan dalam cerita ini sehingga tanak wagu yang handsome dan moden pun diberi nama Angidau...:). Apapun, tunggu sajalah tayangan Bambazon untuk mengetahui sinopsis manakah di atas itu yang betul...:).

0 comments: