12 Aug 2008

Infinatez - Sabah Tour

Kumpulan Infinatez yang dianggotai oleh Mr. Defoo sedang dalam perancangan untuk mengadakan beberapa siri konsert di Sabah pada hujung tahun ini. Konsert ini bukan hanya akan menampilkan Infinatez sendiri tetapi juga beberapa artis popular (Semenanjung). Walau bagaimanapun setakat ini mereka belum memutuskan artis popular manakah yang bakal ditampilkan bersama. Atas sebab itu mereka membuka peluang kepada umum untuk mencadangkan artis manakah yang anda mahu saksikan membuat persembahan bersama-sama mereka.

Mereka juga berhasrat menjemput artis tempatan Sabah untuk membuat persembahan pada konsert tersebut kelak. Namun sekali lagi belum diputuskan siapa artis berkenaan. Maka dengan itu juga mereka membuka cadangan dari anda semua untuk mencalonkan artis tempatan Sabah untuk ditampilkan di konsert mereka nanti.

Selain itu mereka juga mengalu-alukan cadangan dari anda berhubung lagu-lagu yang anda mahu mereka persembahkan nanti dan apa-apa juga bentuk cadangan untuk siri konsert mereka di Sabah hujung tahun ini.

So all you have to do is

1. Namakan artis popular Semenanjung (anda boleh kemukakan beberapa nama)
2. Namakan artis tempatan Sabah (juga beberapa nama...let them decide..:))
3. Lagu-lagu cover-version yang anda mahu Infinatez persembahkan
4. Apa-apa sahaja bentuk cadangan lain.

Hantarkan cadangan-cadangan anda itu ke e-mail defoosoul@gmail.com

OK! Selamat mencadang!

And another interesting thing, some merchandise such as t-shirts and stickers with the tagline "Buli Bah Kalau Kau" have been on sale at www.borneoutara.com . So hurry get them while stock last, sebab dengar-dengar they're exhausted of stocks....laris bah! Bolehlah pakai tu t-shirt masa konsert durang nanti...:)

With that...saya cadangkan they call their tour "Infinatez - Buli Bah Kalau Kau! Tour"...hehe!

0 comments: