Posting pertama tahun ini dimulakan dengan satu pertanyaan "apakah ahli-ahli kumpulan ini dari Indon, tempatan tulen atau...dot..dot dot???"
Mereka menggelarkan diri mereka PATENT. Kalau anda kerap ke kedai menjual kaset/CD nescaya anda akan terserempak dengan CD kumpulan ini yang diletakkan bersama-sama dengan album-album keluaran tempatan yang lain. Memandangkan tertera logo Sabah Records maka saya terus mengandaikan ini merupakan album tempatan. Sejurus memutarkan CD ini di rumah sambil membaca-baca kredit pada sampul album terteralah kata-kata berikut, "Special thanks..........Sabah Record Sabah Malaysia pimpinan C.T Siong merangkap producer, Sudin Kansut Manager PATENT, Pemda Kab. Nunukan, Bupati Nunukan, Bupati Bulungan....semua keluarga PATENT di Indonesia, RTM, Radio Indonesia Maroni FM, Devia FM, Ambalat FM.....Gress FM Tarakan.....bla..bla..bla". Nah dong! nyata terbukti memang mat-mat Indon! Kok kenapa sih kalian pilih Sabah? Mungkin juga mereka ini duduk di sebelah timur laut Kalimantan yang lebih dekat dengan Sabah, justeru memilih Sabah (KK) daripada Jakarta. Walau bagaimanapun PATENT tidak menampilkan muzik rock sepertimana yang biasa disajikan oleh top band dari Indon masa kini seperti Radja, Peter Pan, Dewa, Padi dsb. Jenis muzik rock mereka lebih mirip kepada kumpulan rock Malaysia era 80 an seperti Bumiputera Rockers, May, Search dan yang seangkatan dengan mereka. Best juga hasil karya mereka terutamanya lagu yang diangkat sebagai judul album Lepaskan dan Air Mata Tsunami. Anda bolehlah mendengar demo lagu-lagu mereka pada saluran PATENT di radioblog. (demo hanya akan berada di radioblog selama seminggu sahaja)
0 comments:
Post a Comment