Sudah tiga belas hari tahun 2006 meninggalkan kita. Belum terlewat agaknya kita mengimbas perjalanan dunia seni Sabah tahun lalu.
“Deddy M Borhan bukti kemampuan anak Sabah”
Oleh Boyd PV
(boyd_pv@yahoo.com)
Menyingkap lembaran 2006, kita tentunya berbangga dengan pencapaian Deddy M Borhan yang dipilih sebagai penerima anugerah Tokoh Perfileman Finas 2006, 10 November lalu. Anugerah itu diterimanya dari Menteri Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa) Dr Rais Yatim, sempena Hari Finas Ke-25. Terbaru mengenai penggiat seni veteran ini, beliau turut dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Papita Jasamu Dikenang 2006 bersama-sama dengan Datuk Ahmad Nawab, Ahmad Idris dan Fauziah Nawi. Anugerah ini adalah di antara anugerah yang disampaikan lewat majlis Anugerah Kecapi Papita 2006, anjuran Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita) di Ibu Negara, baru-baru ini.
Turut menjadi kebanggaan penduduk negeri ini ialah Laila Elok, penyampai radio di Sabah FM yang menerima pengiktirafan tertinggi dalam kerjayanya apabila dinobatkan Personaliti Radio Paling Versatil dalam Anugerah Seri Angkasa 2005. Sebelum menaiki pesawat ke ibu negara untuk malam penuh bersejarah itu, ramai yang meragui kemampuan anak Sabah ini menjulang anugerah bagi kategori ditandinginya kerana nama-nama yang turut tersenarai itu bukan calang-calang orang. Namun, Laila menafikan semua tanggapan negatif itu dan pulang dengan trofi yang akan menjadi kenangan paling manis dalam kerjayanya dibidang penyiaran.
Tahun 2006 juga melahirkan beberapa bakat baru Sabah yang berjaya menempatkan diri mereka di ‘sangkar emas’ Akademi Fantasia. Namun Nora tersingkir seawal konsert pertama disusuli Rich di konsert ketiga. Mengatur langkah penuh liku Lotter membuatkan penyokongnya mengalirkan air mata apabila terpaksa mengusung bagasi keluar kerana undian yang diterimanya di konsert ke-7 tidak mencukupi untuk dia terus bertahan di Akademi. Bagaimanapun, sudah namanya Akademi Fantasia, ia hadir dengan pelbagai kejutan. Lotter kembali pada konsert ke-9 menerusi undian Afmasuk dan dia tidak mensia-siakan peluang itu apabila menghadirkan persembahan sehabis baik di konsert akhir dan muncul naib juara di belakang Faizal. Velvet, yang tidak pernah meninggalkan Akademi Fantasia, sekadar menduduki tempat kelima. Selepas program Akademi Fantasia 4 menutup tirainya, bintang-bintang AF ini dibawa menjelajah beberapa lokasi utama di Sabah untuk menjayakan beberapa konsert. Sambutan yang diterima bagai satu fenomena.
Fiq, anak muda dari Sandakan, turut melakar nama di Kuala Lumpur menerusi rancangan realiti TV, Mentor musim kedua terbitan stesen televisyen popular, TV3. Bukan sahaja Fiq menjuarai Mentor 2, dia turut mengalahkan peserta dari Indonesia, Ima, juara program Bintang Cari Bintang (Indonesia), apabila juara dua negara itu dipertemukan di pentas Juara Antara Juara. Kumpulan Jiaja juga mengangkat nama Sabah di pentas nasional apabila menjuarai musim kedua rancangan Blast Off di Astro.
Senario hiburan di Sabah turut meriah dengan pelbagai gosip yang menyinggahi selebriti-selebriti tempatan. DJ Selina Light yang bertugas di Sabah Vfm digosip menjalinkan hubungan dengan artis Maestro Talent, Felix Agus. Mereka dikatakan intim dan kerap bertemu apabila Felix bercuti atau membuat persembahan di Sabah. Tidak cukup dengan itu, gosip itu ditambah lagi perencahnya dengan mengatakan mereka kerap berbalas SMS romantis. Dalam satu temubual eksklusif bersama DJ Selina, dia bagaimanapun enggan mengesahkan kesahihan gosip itu. Kesempatan bertemu dengan Felix ketika sidang media Sabah Fantasia Tour 2006, artis kelahiran Kota Belud itu ditanya mengenai kesahihan gosip cintanya dengan DJ Selina dan, seperti yang dijangka, Felix menafikannya. “Saya terkejut apabila gosip seperti timbul. Sebenarnya, antara saya dan dia (DJ Selina) tidak ada hubungan istimewa. Apa lagi jika diistilahkan intim. Seingat saya , kali pertama saya bertandang ke RTM Kota Kinabalu, saya akui pernah memberikan nombor telefon saya kepada rakan-rakan DJ-DJ di sana untuk memudahkan urusan kerja,” kata Felix. “Mengenai dakwaan SMS romantis, itu tidak benar. Dakwaan bersiar-siar juga tidak betul. Saya hairan bagaimana cerita ini timbul,” jelasnya yang turut mengaku sedikit terganggu dengan gosip liar itu.
Masih berkisar mengenai gosip cinta, penyanyi KDM Ivye Alexandra turut digosip bercinta dengan juara KDM Idol, Reno Rodney Fabianus. Namun, berkali-kali ditanya, kedua-dua artis ini mengunci rapat mulut mereka. Bagaimanapun ketika penulis berbalas SMS dengan Ivye mengenai perkembangan terbarunya, penyanyi Hiti Oku Poingandad ini akhirnya mengakui Reno adalah kekasihnya. Kelakarnya, sehingga artikel ini ditulis, Reno masih menafikan perkara itu. Ivye juga turut dihimpit gosip liar apabila hidupnya dikatakan ditaja oleh sesorang. Namun, Ivye menafikan perkara itu. Ivye, juga dikatakan sangat kecewa apabila penggambaran telemovie My Land Below The Wind (MLBTW) terbitan Del Este Pictures terpaksa ditangguhkan kerana keadaan jerebu. Ivye sepatutnya memegang watak utama dalam telemovie itu dan telah membuat banyak persediaan untuk penampilan sulungnya dalam telemovie. Bagaimanapun, apabila penggambaran telemovie itu ditangguhkan, ia mengecewakan bukan sahaja Ivye tetapi juga pelakon-pelakon lain yang terbabit. Ivye dikatakan menghilangkan diri selepas itu dan gagal dihubungi sehingga namanya dikhabarkan akan digugurkan daripada senarai pelakon MLBTW. Bagaimanapun, semua itu berakhir apabila pengurus produksi MLBTW, yang juga pemilik Del Este Pictures, Jamil Majingkin, mengesahkan bahawa senarai pelakon akan dikekalkan apabila projek sulung syarikatnya itu memulakan penggambaran Januari ini.
Bagaimanapun, perkhabaran terbaru menyebut projek itu ditangguhkan bukan kerana masalah jerebu sebaliknya ia disebabkan perkara lain berkaitan soal ‘kepercayaan yang terhakis’. Sejauh mana benarnya dakwaan itu, hanya penerbitnya sahaja yang mempunyai cerita sebenar. Apapun, peminat Ivye dan penggemar telemovie tempatan pasti setia menunggu telemovie MLBTW yang hangat diperkatakan sebelum ini.
Filem Anak Yang Hilang arahan dan terbitan Mazlan Maginda pernah diwar-warkan akan menguji pasaran luar negara. Bagaimanapun, filem yang kononnya menelan belanja RM9 juta itu berdepan dengan seribu satu macam masalah dan tidak memungkinkan ia menemui penonton.
Artis kontroversi, Max, turut mendapat perhatian apabila dia tiba-tiba meninggalkan syarikat rakaman Sabah Records yang menaunginya untuk bersama Skyline sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di pihak Sabah Records. Max mendakwa dia tidak pernah mengikat sebarang kontrak dengan Sabah Records bagaimanapun pemilik Sabah Records, CT Siong mendakwa sebaliknya. Bak kata pepatah ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran’, Max akhirnya menyepi apabila Skyline mengambil keputusan membatalkan sebarang rundingan dengan penyanyi itu kerana pengurusan Skyline enggan diheret sama ke dalam kontroversi yang dicipta sendiri oleh penyanyi Guli No Id Doho itu. Lama menyepi, Max mengejutkan peminatnya apabila dia mengumumkan telahpun memeluk agama Islam beberapa minggu sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, tahun ini. Semoga Max akan dapat menemui apa yang dicarinya dalam hidup ini.
Kebelakangan ini, komposer/penulis lirik terkenal, Asmin Mudin, mula menyumbangkan suaranya dalam album-album artis KDM. Selain bersama Lydia Kalidin dalam lagu Tewas Kotoh, Asmin turut berduet dengan abangnya, Kimin, dalam lagu Palis-Palis, Jauh-Jauh, yang dimuatkan dalam album kedua artis Skyline itu. Ada sebab kenapa Asmin kini ingin turut sama dikenali sebagai penyanyi. “Saya sebenarnya merajuk dengan sikap segelintir artis tempatan kita yang pernah saya bantu. Bila sudah agak berjaya, mereka seperti tidak nampak kita. Lalu di depanpun tidak menegur, macam kita tidak ada di sana. Daripada bersusah payah membantu menaikkan nama artis itu dan ini, ada baiknya saya tampil dengan album saya sendiri,” Asmin pernah memberitahu. Namun menurut Asmin, projek album solonya mungkin mengambil masa untuk disiapkan kerana dia sibuk dengan komitmen lain, termasuk pengajiannya.
Banyak album artis tempatan memasuki pasaran tahun ini, tetapi penghasilan telemovie agak berkurangan. Pertandingan-pertandingan nyanyian seperti KDM Idol dan Idola Sabah juga tidak diadakan tahun ini walaupun diwar-warkan ia adalah acara tahunan. Bercakap mengenai Idola Sabah, tidak banyak perkembangan didengar mengenai artis-artis yang muncul menerusi program itu sekalipun di penghujung tahun 2005, mereka begitu bersemangat untuk mencipta nama di Sabah dan Ibu Negara. Selain terbabit dalam beberapa tajuk telemovie tempatan termasuk Khabar Dari Borneo, tidak banyak perkembangan yang boleh dibanggakan mengenai artis-artis Idola Sabah. Secara keseluruhan, perkembangan industri hiburan di Sabah tahun ini agak suram. Namun kita harapkan kedatangan tahun baru 2007 akan membawa sinar lebih terang.

0 comments:
Post a Comment