Jonathan Tse berkongsi pengalaman dalam album Purpose
Tidak kejar glamor
Oleh Boyd PV
(boyd_pv@yahoo.com)
Sekalipun album sulungnya sudah berada di pasaran lebih setahun yang lalu, peminat di Sabah masih belum mengenali Jonathan Tse penyanyi berumur 24 tahun dari Labuan. Hakikatnya, bukan glamor yang dicarinya ketika muncul dengan album bahasa Inggeris berjudul Purpose. “Bagi saya album ini sangat istimewa dan mempunyai makna yang cukup peribadi,” kata Jonathan yang ditemubual Jumaat lepas. Menerusi album penuh yang memuatkan 10 buah lagu ini, Jonathan berkongsi pengalaman hidup yang dilaluinya. “Kerana itulah, album ini cukup memberi kepuasan kepada saya kerana melaluinya, saya berpeluang untuk berkongsi pengalaman dalam lagu-lagu yang saya ilhamkan sendiri,” jelas Jonathan yang mula diperkenalkan kepada peralatan muzik seawal umur 5 tahun. Ketika itu ibu bapanya mendaftarkan Jonathan untuk mengikuti kelas organ. Dari situlah dia mula mengenali apa itu muzik. Namun, minatnya berubah apabila dia semakin meningkat dewasa. “Saya mengikiti kelas organ hanya setakat Tahap 8 dan mengambil keputusan untuk beralih kepada gitar klasik akustik selepas itu kerana saya rasakan ia lebih sebati dengan jiwa saya,” jelasnya.
Bercakap lebih lanjut mengenai Purpose, album ini sebenarnya mencabar pendengar untuk mencari siapa diri mereka yang sebenarnya. “Ketika tercetus ilham untuk muncul dengan album ini, saya tidak pernah terfikir untuk mencari keuntungan daripadanya tapi lebih kepada mengajar pendengar untuk memikirkan lebih serius mengenai soal kehidupan,” tegasnya. Bunyinya agak berat namun menurut Jonathan, album-album komersil yang membanjiri pasaran ketika ini lebih menjulang nilai-nilai bersifat dunuawi. “Kerana itulah saya mengambil pendekatan berbeza dengan memberi alternatif kepada mereka. Ini bukan album yang bercakap sepenuhnya mengenai soal kerohanian tetapi tidak dinafikan pengisiannya mengajak pendengar untuk berfikir mengenai kehidupan,” katanya. Buktinya, lagu trek ke-3, Formality kerap menjadi pilihan penyiar-penyiar stesen radio X’Fresh FM dan Hits FM. Selain Formality, album yang dihasilkan dengan kos mencecah RM 35,000 ini turut memuatkan lagu So Beautiful, Supernatural, Season Without Love, All For Me, Purpose (tajuk album), Change, Shape My Life I pray, My Everything dan Showtime. Ia memuatkan pelbagai genre lagu termasuk pop, rock, jazz, balada dan gospel, antara lain.
Dengan kos pembikinan setinggi itu, rasanya ia satu pembaziran jika album ini tidak dipromosi dengan lebih berkesan. “Saya akui promosi album ini tidak dibuat secara menyeluruh. Dihasilkan oleh label bebas, Purpose Records, saya masih mencari pengedar yang berminat untuk memasarkan album ini,” jelasnya mengenai album itu yang turut mendapat kerjasama pemain gitar terkenal, Roger Wang. “Album ini dilancarkan di Kuala Lumpur (Disember 2005) kerana ketika itu saya masih bekerja di sana. Album ini belum dipromosi di Sabah dan mungkin itu sebabnya kenapa nama saya tidak begitu dikenali di sini sebagai penyanyi. Apapun untuk tahun 2007 ini, memandangkan saya kini telah ditukarkan bekerja di Kota Kinabalu, saya fikir adalah lebih sesuai jika labum ini dipasarkan dalam bentuk pek semula,” jelasnya yang membayangkan penambahan lagu dan kulit album yang baru untuk album repacakaged itu.
Bersama Purpose Records, label yang ditubuhkan atas namanya, Jonathan turut menerbitkan sebuah album berbahasa Cina berjudul Dream Faith, membabitkan 10 orang penyanyi. “Ini adalah projek terbaru saya dan album itu akan dilancarkan pada 12 Januari ini.” Pada umur 23 tahun (lahir di Kota Kinabalu pada 26 April, 1983), peminat pasti tidak pernah menyangka bahawa jejaka ini mempunyai kerjaya sepenuh masa sebagai Pastor di All Saints Cathedral di Karamunsing, Kota Kinabalu. “Apabila diundang menjayakan persembahan, saya akan perkenalkan siapa diri saya dan apa kerjaya saya. Saya fikir itu pendekatan terbaik kerana saya ingin peminat menerima saya seadanya,” akuinya. Atas sebab itu jugalah maka Jonathan pernah menolak tawaran untuk membuat persembahan di beberapa buah kelab di sekitar Kota Kinabalu. Dan ia juga menjawab persoalan mengapa lagu-lagunya lebih berkisar mengenai kehidupan. Maklumat lanjut mengenai penyanyi ini, anda boleh melayari web www.jonathantse.com

Related site:
Jonathan soundclick (He is very kind enough to upload two songs for download, and thanks to Iter for introducing me to this website)
0 comments:
Post a Comment