14 Jan 2007

Sesi Soal Jawab dan Rumusan pada Bengkel Sugandoi 2006

Semasa saya melakukan "rombakan kabinet" (mengemas atur kabinet buku) sayapun terjumpalah Buku Cenderamata Sugandoi 2006, di mana terkandung di dalamnya Sesi Soal Jawab dan Rumusan semasa Bengkel Sugandoi yang diadakan dalam bulan Mac tahun lalu (hmmm..macam mana pula saya boleh ter miss kasih post di sini tahun lalu..anyway better late than never kan!) Menarik juga isu-isu yang diluah serta diketengahkan yang banyak berhubung kait dengan masalah-masalah yang membelengu aktiviti seni suara di Sabah terutama di kalangan masyarakat Kadazandusun. Ikuti sahaja artikel tersebut di bawah.

Bengkel Sugandoi Anjuran Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri 2006 Pada 19hb Mac 2006 Di Hongkod Koisaan, Penampang

Soal Jawab dan Rumusan

catatan Allan G Dumbong


Sessi 1: Soal jawab bersama penceramah Encik Manisegaran Amasi

Evaristus Gungkit: Daripada ceramah tadi, saya mendapat tahu RTM ada membayar royalti lagu-lagu yang dimainkan oleh RTM. Bagaimanakh RTM membayarny?

Manisegaran: Setiap lagu yang dimainkan oleh RTM itu ada dicatatkan dalam log book mereka. Ini boleh disemak, dan boleh dituntut. Bagaimanapun dalam hal tuntutan royalti itu, ianya tidak dibayar jika ianya dipersembahkan oleh badan-badan sukarela. Royalti juga tidak boleh dituntut jika lagu itu tidak didaftarkan dalam badan-badan seperti MACP.

Dr Lungkiam Dambul: Salah satu kriteria untuk dapatkan hakcipta ialah melalui penerbitan. Contohnya artikel-artikel yang ditulis dan dimuatkan dalam majalh-majalah terkenal. Siapakah pemegang-pemegang hakcipta dalam hal tersebut, penulis artikel ataupun penerbit majalah berkenaan?

Manisegaran: Ada dua pihak. Jika artikel disumbangkan dan majalah itu telah membayarnya, hakciptanya menjadu milik penerbit. Bagaimanapun nama penulis itu harus ditulis dan diiktiraf oleh majalah berkenaan. Jika artikel itu sudah dibayar oleh majalah berkenaan, ini bererti hakcipta telah dipindahmilikkan. Begitu juga dengan gambar-gambar yang diterbitkan oleh majalah-majalaj tetapi gambar-gambar itu diambil oleh orang lain.

Sessi 2: Soal jawab bersama penceramah saudara Andrew Poninting (AP)

Julius Gudok: Bolehkah penyanyi ataupun pemuzik meminta bantuan daripada guru-guru musik Kadazandusun yang berkelayakan, seperti mereka yang menganggotai Orkestra Koisaan?

AP: Boleh, tiada masalah. Amat baik jika rakaman lagu-lagu itu diiringi Orkestra Koisaan.

Evaristus Gungkit: Saya tertarik dengan persoalan “kenapakah lagu-lagu Kadazandusun dan Murut tidak mampu menembusi pasaran”. Tetapi persoalannya ialah lagu-lagu Sabah yang lain seperti Flora Santos, K Hassan, Akademi Fantasia 3 juga tidak dapat menembusi. Adakah kerana musik mereka ini datang dari Sabah? Adakah juga adil jika penyanyi-penyanyi tempatan itu dijemput menyanyi di khalayak umum sedangkan mereka tidak dibayar? Saya rasa mereka ini harus diberi ganjaran yang sewajarnya kerana mereka juga harus mempersiapkan diri dengan baik dan kemas sebelum membuat persembahan dan kesemua ini memerlukan belanja. Saya juga cadangkan di sini agar artis-artis “boycott” jemputan-jemputan menyanyi yang hanya “free of charge”. Saya juga cadangkan supaya penyanyi-penyanyi Kadazandusun menyertai PERTISA. Selain daripada itu, penyanyi-penyanyi muda janganlah asyik mencari glamour sahaja tetapi pergunakanlah bidang seni suara ini sebagai satu karier dan sebagai satu sumber pendapatan.

Soalan: Bagaimanakah jika kita anjurkan anugerah bagi menghargai sumbangan penyanyi-penyanyi, penulis-penulis lirik, pencpta lagu Kadazandusun? Ini penting untuk wujudkan persaingan sihat dan boleh membantu promosi?

AP: Ini boleh difikirkan oleh badan-badan seperti PERTISA

Wakil Nabawan: Saya kurang bersetuju dengan pendapat penceramah bahawa lagu-lagu Kadazandusun tidak mampu tembusi pasaran luar Sabah. Pada pendapat saya, ada artis-artis tempatan kita seperti John Gaisah yang telah berjaya mencipta nama dalam pertandingan di peringkat nasional, tetapi lagu-lagu mereka telah tidak dirakamkan. Satu lagi contoh ialah Stella Ansibin, yang sebenarnya telah tembusi pasaran Filipina. Ada juga yang buat persembahan lagu-lagu Kadazandusun dan Murut di USA, dan telah mendapat sambutan hangat. Saya rasa, penyanyi-penyanyi kita mampu tembusi pasaran luar tetapi hakikatnya kita kurang mendapat sokongan dan bantuan ke arah itu. Bagaimanapun, semua ini belum terlambat lagi dan kita harus meningkatkan usaha-usaha promosi kita.

David Yuntalla: Saya ada cadangan bagaimana kita boleh mengawal kualiti lagu-lagu Kadazandusun. Kita perlu tubuhkan satu jawatankuasa untuk mengawal kualiti lagu-lagu yang disiarkan di radio (RTM).

Wakil dari Berita Harian dan NST: Saya rasa trend industri hiburan di Malaysia mula menunjukkan minat dan bakat-bakat dan lagu-lagu di Sabah. Ini memberikan kita peluang untuk menyajikan lagu-lagu yang bersesuaian dengan trend ini. Bagaimanapun kita mesti tingkatkan kualiti lagu-lagu kita.

Benedict (Tambunan): Saya melihat bahawa kini ada seolah-olah satu trend yang menggunakan dua bahasa dalam pembikinan lagu-lagu Kadazandusun seperti yang dibuat oleh Atama (mencampurkan Kadazandusun dan Inggeris) dan Appolonius Jimi (Bahasa Melayu dengan Kadazandusun). Persoalan saya ialah adakah cara mereka ini boleh diterima, dan adakah ini nanti boleh digelar sebagai “lagu rojak”?

Rayner F. Udong: Menyentuh tentang metafora yang mengatakan bahawa “bagaimana epal itu dipilihdari kalangan banyak oren dalam bakul”, saya rasa kita menghadapi beberapa halangan dalam usaha kita untuk memastikan lagu-lagu Kadazandusun itu dipilih dari ribuan lagu lain. Halangan termasuklah ada pihak-pihak yang menganjurkan acara-acara di Kuala Lumpur merekabentuk rancangan-rancangan hiburan mengikut citarasa pendengar-pendengar di KL. Oleh itu saya cadangkan agar ada pihak-pihak yang ada “political will” untuk membantu memastikan “epal itu dipilih daripada oren”.

Soalan: Untuk memastikan supaya “epal itu dipilih daripada oren”, kita khususnya KDCA dan PERTISA harus anjurkan bengkel-bengkel atau kursus-kursus dalam:

i) Bagaimanakah membuat teknik-teknik rakaman yang baik;
ii) Bagaimanakah menggunakan teknik-teknik vokal yang baik dan betul.

James (Telupid): Merujuk kepada isu-isu artis-artis Kadazandusun dijemput menyanyi di khalayak ramai dengan “free of charge”, saya merasakan bahawa perkara seperti ini kadangkala tidak dapat dielakkan dalam penganjuran dalam acara-acara seperti Sugandoi di peringkat daerah. Bayangkan jika peruntukan yang diberikan untuk menganjurkan acara sangat kecil. Bagaimanakah kita mampu membayar artis-artis yang dijemput menyanyi dengan memuaskan?

0 comments: