27 Jan 2007

Promosi filem Possessed di Sabah

Kurang pastilah pula samada filem ini dalam Bahasa Inggeris atau Mandarin. Ada Amber Chia (dalam laporan di bawah, dia ni kononnya memilih watak...mungkin hanya mau watak yang menampilkan kecantikan dan keseksian diri dia saja....hehe). Syarifah Aliyah pun ada juga berlakon dalam filem ni.


Serba boleh harapan Amber Chia, Alvin Wong
Oleh Suzan Ahmad

KEDATANGAN 2007 terus diceriakan lagi dengan kemunculan filem dan bakat-bakat baru. Menerusi Seed of Darkness arahan Michael Chua, peminat dapat berhibur dengan sebuah lagi filem seram buatan Malaysia. Ia mempertaruhkan aksi supermodel tempatan, Amber Chia bersama pelakon drama bersiri dan iklan yang semakin terkenal, Alvin Wong.

Amber dalam satu temu bual dengan Bintang Popular berkata, sewaktu didekati Michael, dia meletakkan beberapa syarat sebelum menerima pelawaan beliau.

Antara syarat itu adalah dia enggan membawa watak seorang ibu kerana berasakan dia masih muda selain menolak watak hantu yang baginya cukup menakutkan.

Bukan terlalu memilih, tetapi Amber akui syarat itu diletakkan supaya dia tidak mengganggu pembikinan sebuah filem dan kerja semua krew.

"Biarlah saya beraksi dengan watak yang saya selesa daripada memaksa diri untuk berlakon watak-watak yang saya tidak gemar buat masa ini. Jadi saya lega apabila Michael bersetuju memberikan watak pakar sakit jiwa kepada saya," kata Amber.

Nyata bidang peragaan fesyen sudah terlalu sebati dengan jiwa Amber.

Baru-baru ini, apabila dia muncul di pentas KL Fashion Week memperagakan koleksi Zang Toi, ramai penonton memberikan tepukan gemuruh kerana dia membuat catwalk dan memberikan pose liuk lentuk yang begitu menawan.

Jadi kenapakah model Guess ini tiba-tiba dia terjun pula ke bidang lakonan?

"Saya adalah seorang yang suka mencuba. Saya selalu fikir peluang akan datang sekali seumur hidup," katanya yang sudah membintangi beberapa drama TV serta dua filem lain, Possessed dan The 3rd Generation.

Katanya lagi: "Bagi saya berlakon memberikan keseronokan serta kepuasan yang lebih mendalam berbanding modelling. Kita berpeluang menjadi manusia yang berbeza-beza personalitinya di dalam lakonan. Tapi saya sedar, saya masih baru dan banyak kelemahan. Jadi saya sedia dikritik."

Alvin pula yang wajahnya banyak menyerikan iklan komersial tanah air secara peribadi menganggap Seed of Darkness sebagai satu percubaan anak tempatan yang berani dan kreatif.

"Berapa ramai anak muda kita yang berani berhabis-habisan bajet yang besar demi untuk mencuba sesuatu yang baru? Semuanya kerana mahu memberi kepuasan dan hiburan kepada penonton filem. Bagi saya, Seed of Darknesss ada twist plot yang baik dari segi penceritaan," ujar Alvin.

Sejak muncul dalam bidang lakonan, jarang Alvin membawa watak serius. Jadi inilah peluang untuk peminat melihat dia beraksi dengan sesuatu yang lebih segar.

"Semestinya orang akan terus mempersoalkan, mampukah saya membawa watak serius? Hingga saya sendiri melihat keadaan itu sebagai satu masalah.

"Tapi Michael mempunyai pandangan yang berbeza. Dia mahu membuang imej sedia ada dalam diri kami menerusi Seed of Darkness.

"Saya harap satu hari saya akan membawa peranan lain pula supaya lebih versatile," jelas Alvin yang sudah berkecimpung dalam kerjaya lakonan TV, teater dan drama sejak lebih 10 tahun lalu.

Sumber

0 comments: