26 Nov 2007

Tahniah Rich dan Estranged

'Tersangkut'lah juga seorang kelibat artis dari sini di peringkat akhir AJL22 nanti. Memang persembahan Rich agak mantap malam tadi (walaupun kelihatan sedikit vokal beliau hampir kehabisan stamina di penghujung lagu...:)). Sebenarnya saya tidak menaruh harapan yang tinggi lagu ini mara ke final sebab saya berpendapat persembahan lirik lagu ini agak lemah sedikit bilamana ungkapan "itu kamu" asyik diulang berkali-kali. Tapi pihak juri juga yang lebih arif. Mungkin melodi, gubahan muzik serta persembahan vokal Rich sendiri mengatasi segala kelemahan yang ada pada lagu ini. Hairan pula kenapa lagu Satu Harapan oleh Jac tidak terpilih. Sebuah lagu yang bagus dan persembahan Jac pula paling mantap antara penyanyi yang bertanding. Adakah pihak juri tidak sanggup memberikan double qualification kepada Audi Mok (??). Ada pula penyanyi seorang tu yang hampir 'tidak sampai' ketika membawakan lagunya tapi terpilih pula. I think ada pihak risau pencipta lagu tersebut akan buat bising lagi seandainya lagu beliau tidak terpilih. Persembahan Felix dan Fiq juga tidak mengecewakan. I think they did better than Sofaz, Misha/Andy dan penyanyi yang 'tak sampai' tu. Apa pun, samada layak atau tak layak di pandangan mata, tahniah sajalah kepada semua yang terpilih terutama Rich n Estranged..ArAmAITi!!..=)


P/s: Tahniah juga kepada Linda AF2, Marsha dan Yanie kerana tersenarai antara 20 Yang Anggun anjuran Majalah Eh!

0 comments: