31 Mar 2008

AF 6: Konsert 2

Berjumpa sekali lagi dalam sesi mencarut Konsert AF6..:=). Pada saya konsert kali ini agak baik dan meriah sedikit berbanding minggu lepas. Pengacara nampak semakin selesa dan banyaklah juga jokes beliau yang mampu menggamatkan dewan. Kehadiran pasukan RELA dalam dewan juga meriuhkan suasana.

Lufya – Cinta Ku Seratus Percent

Terbukti she cannot sing dangdut. Semput and pitching ‘everywhere’ (bak kata Ning..:)). She’s forcing herself. For her effort I give, C+

Toi – Sang Pencinta

Kali kedua berturut-turut Toi mendapat lagu up-beat. The good thing about Toi is, kira dia ni ‘kalis semput’ (another new term kah ni?..:)). Kawalan pitching baik walau banyak bergerak. But the green (ala-ala rain coat) outfit is very, very annoying...ergh!. B+

Stanly – Sudah Tu Sudah

Kurang menjadi persembahan Stanly kali ini. Silap dengar macam Pavaroti menyanyi R&B :=) pula. Walaupun nafas and pitching ‘everywhere’ kata Ning dia mampu juga melangsaikan one big note pada akhir-akhir lagu dengan agak baik. B

Rina – Ku Seru

Tidak kedengaran langsung ‘style’ Misha Omar. Nampak agak struggle juga untuk mencapai note-note tinggi but she managed with not much of pitching problems. B+

Aliff – Angan dan Sedar

Very limited vocal range. He can’t even reach the highest note in this song. Still need to improve a lot...kawalan nada, nafas…etc. D

Ika -Malu Tapi Mahu

Penonton terus disajikan persembahan hambar selepas Aliff. Bertungkus lumus beliau menyanyikan lagu ini, mana lagi nak control sebutan (lagu ini banyak perkataan), pitching, tempo etc..hmm kesian terseksa dia aku tengok tapi masih mampu control ayu.. E+

Naim - Aspalela

Duhh…masih belum ada kemajuan dengan pelajar yang seorang ni. Serba serbi tidak kena. Cuma baik sedikit saja dari si Ika. D

Faisal – Ranggi Metropolitan

A lot better than last week. What a surprised he’s very comfortable with this song. Kira menjadi jugalah persembahan rock mamat ni. Sudahlah hidung kena make-up ala-ala Amy Search :=). Kawalan suara juga baik. A

Saida – Doktor Cinta

Firstly thanks kerana kali ini peka dan menukar perkataan “need” in Indon to ‘perlu’ bukan macam lagu yang Ebi nyanyi musim lepas, dikekalkan perkataan b****. Saida rupanya tiada masalah sangat membawa lagu rancak sebegini. Dia ni kira ‘kalis semput’ lah juga. Walaupun banyak bergerak tapi masih mampu kawal suara. Cuma part high note akhir tu she failed to reach properly (siap dijauhkan mic lagi..hehe). Tapi satu yang saya perasan gesture dia ni, tangan kiri asyik meyentuh kepala seolah-olah memastikan hair clip tidak jatuh. Not a bad effort. B

Stacy - Rela



Woww! Very nice vocal tone and good delivery as well, she nailed the song. Cuma hairan sedikit kenapa part korus dinyanyikan hanya sekali (no repeat) tidak seperti versi asal. Majority sebulat suara menobatkan persembahan beliau ini sebagai terbaik untuk konsert kedua. Need I say more. I hope she can do just as good as this one for the future songs (familiar or not) assigned to her. Well done! A+

Riz – Separuh Masa

Another one yang mampu mengawal suara walaupun banyak pergerakan. But then image wise betul-betul mencacatkan persembahan. That hairdo is really funny :=). The outfit…alahai…nampak sangat potongan badan tong minyak. Coordination with the dancers pun macam tidak kena…kasih lah B

Nubhan – Tak Bisa Memilih Mu

This is the second time he gets a slow number and konsep lagu pun ala-ala sama dengan last week so prestasi pun lebih kurang samalah juga (which is excellent). Segalanya seperti ulangan persembahan beliau last week.Cuma kali ini kedengaran beliau hampir gagal kawal suara semasa mencapai high note di akhir-akhir lagu. Pergerakan beliau pun nampak funny sedikit (kaku). The ending looks weird too as if he's not stopping, penonton macam terkeliru and gave him sort of a delay applause (maybe they thought it's not the ending yet). A

Nadia -Umbrella

Since she’s the last performer I expected something outstanding from her (normally they save the best for last) but it turned out to be not as I thought. I was expecting something naughty, cute and sexy in this song but I didn’t see any. Nadia sekadar ‘carrying the tune’ lagu ini. anyway a good effort from her. Seperti juga Toi, Saida dan Riz beliau juga mampu mengawal suara dengan agak baik walaupun banyak bergerak. B+

Pilihan pengkritik terhadap Ika, Naim dan Aliff as the weakest performers begitu tepat sekali. Bila melihat talent mereka bertiga ni, tertanya-tanya pula atas dasar apa mereka terpilih ke akademi? I hope next week they call upon the three strongest performers pula.

0 comments: