20 Mar 2008

Kalis sumbang

Apa khabar anak-anak sekelian? Hari ini pakcik ingin memperkenalkan satu lagi istilah untuk pengetahuan anak-anak semua. Kalau sebelum ini anak-anak telah pernah mendengar istilah kalis air, kalis peluru dan kalis logop…(huh! Kalis logop?! Amende tu?...hehe). Ada satu lagi istilah ‘kalis’ yang anak-anak semua kena tahu…iaitu “kalis sumbang”. Kalau nak tahu apa tu ‘kalis sumbang’ atau orang Jerman bilang ‘out-of-tune proof’, hah dengar sajalah si David Archuleta ni menyanyi

Kekekek..terlupa lirik!

Sebenarnya bukan dia saja yang kalis sumbang ramai lagi (kalau setakat peserta American Idol saja…David Cook, Carly Smithson dan anak si Malubay tu pun kira kalis sumbanglah juga). Di Malaysia saja lagi lah ramai tapi Jaclyn Victor lah yang pakcik paling berkenan.

Dan bersempena cuti umum ‘Maulidul Rasul’ hari ini, eloklah pakcik ulang tayang persembahan budak bertuah ni menyampaikan lagu Imagine (video dulu tu Fox TV komplen suruh YouTube delete!). Yer lah kan lagu Imagine ni, kiranya ala-ala lagu nasyid lah juga…yang menyeru umat manusia sejagat hidup bersatu…aman damai…jangan bertembak-tembak (nanti mati). Pakcik tak sangka pula lagu John Lennon ni boleh dinyanyikan sebaik ini (other than John Lennon himself lah kan)…orang kampung pakcik bilang kalau mendengarnya alamat dapat ‘goosebumps’...amende ‘goosebumps’ tu pakcik sendiri pun tak tahu…kekekek!

Layannn!!...Zasssss!

0 comments: