Dewan malam tu lebih kurang 75% penuh. Jeritan penonton, lebih-lebih lagi beberapa orang sumandak yang duduk di belakang, cukup membingitkan (memaksa saya tutup telinga). Tindakbalas penonton cukup hebat. Malah persembahan dari artis tempatan juga mendapat jeritan yang diluar dugaan. Cabutan tiket bertuah dilakukan dengan memanggil nama penonton. Penonton diminta menulis nama penuh pada keratan tiket. Nasib baik jugalah saya tidak bertuah sebab saya tulis nama penuh saya dbos fm...waakekekek!
Fakta kurang menarik
Sistem bunyi walaupun tidaklah seteruk mana, tapi tidak stabil. Beberap kali kelihatan technicians berlari ke pentas menukar mikrofon penyanyi semasa sedang menyanyi (tapi hasilnya tetap sama). Masa bercakap, sukar untuk mendengar dengan jelas apa yang dicakapkan. Ini membuatkan penonton kurang memberi tindakbalas, bukannya nggak paham bahasa Indon, tapi pendengarannya tidak jelas dong! (too much echo!). Suara dua orang penyanyi latar wanita dari kumpulan RIMBA langsung tidak dengar, sia-sia dan penat saja durang berdiri di sana. Terdengar rungutan penonton selepas konsert, jumlah lagu yang dipersembahkan agak sedikit (Irwan dan Acha mendendangkan tiga lagu solo masing-masingnya dan dua lagu duet)...err bagi saya cukup lah tu! Malam tu adalah malam lagu-lagu Indon, artis tempatanpun semua dengan bangganya menyanyi lagu-lagu Indon. Pengacara not bad, tapi kadang-kadang terlalu mendesak tindakbalas dari penonton.
The real fact, saya lagi fokus dan terhibur dengan persembahan kumpulan RIMBA, malah kemunculan mereka malam itu agak mengejutkan dan satu bonus bagi saya (sebab sering juga merancang mau menonton persembahan durang ni, tapi tidak pernah tertunai...so malam tu tertunailah juga)
Video clip persembahan Irwan menyanyikan Perempuanku Klik Sini
5 comments:
My review: http://bengodomon.wordpress.com/2007/02/10/irwansyah-perempuanku-live-10-feb-2007-sabah-cultural-centre/
Nice review...
Luckily I didn't cancel my plan to watch the concert (I was about to)...otherwise I wouldn't be able to watch Rimba!
alamak...si felix samunting sudah boroi hehehe...kaset sia dia belum kasi balik ohhhh
Oh ko kenal pula c Felix tu Scias...
Bukan boroi bah tu tapi tagap...hehe
oops...anonymous = dbos
Post a Comment