1 Feb 2007

Komen Juri

Kejutan Blast Off, Andalusia terselamat

Konsert Stage 4, program realiti Blast Off minggu lepas telah membuat kejutan ala-ala AF dengan mengumumkan tiada penyingkiran. Seperti biasa pengacara Ean dan Sazzy memanggil dua kumpulan tercorot dalam kedua-dua kategori. Andalusia adalah antara nama yang dipanggil ke pentas untuk kategori band selain daripada Aunty Mable's (ramai terkejut bila nama Aunty Mable's diumumkan sebab kalau ikut tinjauan mereka ini bolehlahlah dianggap sebagai favourite, mungkinkah ini hanya gimik Blast Off sebagai perencah kontrovesi). Seolah-olah telah bersedia untuk pergi (gara-gara berada dalam kelompok dua tercorot minggu lepas) tiada penampilan wajah tertekan di raut wajah ahli-ahli kumpulan Andalusia, malah kesemuanya nampak tenang semasa menanti pengumuman dari juri Brian. Dengan penuh suspen juri Brian mengumumkan...no elimination and the votes this week will be carried forward to next week! So Andalusia is safe again and will make another appearance in Stage 5 concert. If you are generous enough, you can vote for them by typings BAND<>ANDA and send to 32888 or fixed line, dial 13713 and press 6

Komen juri: Performance durang pada Stage 4 agak kurang menyerlah dan nampak macam hilang semangat sikit. Harap-harap mereka akan kembali bersemangat pada konsert Stage 5 nanti.

Penyanyi lelaki popular jadi jantan simpanan (sedutan dari Soseh Soseh Harian Metro)

BAGAIKAN tidak percaya SS apabila ada sumber beritahu seorang penyanyi lelaki popular jadi simpanan seorang wanita kaya. Nak dikira usia, penyanyi itu masih lagi mentah. Bak kata pepatah bagai jagung baru hendak berputik. Kata sumber itu lagi kepada SS, wanita yang menyimpannya itu pula sudah berkahwin dan berusia. Hubungan terlarang pasangan ini tak disyaki suami wanita berkenaan kerana menganggap penyanyi itu adalah adik angkat kepada isterinya.Pada awal berita ini disampaikan kepada SS, beberapa kali SS menafikan. Mana mungkin penyanyi itu sanggup biarkan dirinya diperlakukan begitu kerana kalau dilihat daripada latar belakangnya dia berasal daripada keluarga yang baik-baik. Untuk mengukuhkan berita sumber itu minta SS menilai perubahan gaya hidup mewah yang dijalani artis lelaki terbabit sekarang ini. Namun SS cuba mempertahankan dengan berkata penyanyi lelaki itu kini namanya sedang menjadi sebutan jadi banyaklah tawaran menyanyi diterima. Bagaimanapun sumber itu menambah walau mewah sekali pun pendapatan diterima penyanyi itu tidak mungkin dia mampu bertukar kereta setiap tahun dan menggayakan beg dan jam tangan berjenama mewah. Pendapatan penyanyi itu tidak mungkin mencecah ribuan ringgit kerana dia bukanlah artis lama setaraf Jamal Abdillah atau M Nasir. Apatah lagi popularitinya sudah mula merudum.


Komen juri: Hmmm...siapa agaknya ya?? Mawi kah?!...hehe...sebab baru-baru ini dilapor menunjukkan perubahan besar...ke sana sini dengan barangan berjenama. Tapi populariti Mawi belum merudumkan!..so mungkin juga artis lelaki popular yang lain!


Giliran Zarina AF2 dapat tajaan BMW?


PERTAMA sekali Zubir ingin mengucapkan Selamat Hari Natal kepada pembaca Bintang Popular. Zubir yakin ramai masih ingat bintang jelita Akademi Fantasia 2 (AF2), Linda Nanuwil yang pernah Zubir paparkan berita mengenainya di ruangan ini apabila dia dikatakan sudah mampu memandu kereta mewah BMW, sekalipun baru beberapa bulan dinobatkan sebagai graduan AF2.Ramai meragui status BMW itu sehingga memaksa Linda tampil memberi penjelasan bahawa BMW berkenaan bukan dibelinya, tapi pemberian seorang peminat perempuan yang amat meminati dirinya. Tak lama selepas itu, Linda terus menyepikan diri sehinggalah ke hari ini, Zubir tak dengar sebarang khabar beritanya.Dalam pada itu, desas-desus mengatakan Linda akan berkahwin dengan seorang VIP dari negerinya, tapi sejauh mana kesahihannya, tidak dapat dipastikan kerana wakil syarikat pengurusannya, Maestro Talent & Management Sdn Bhd sukar menghubungi Linda, apatah lagi pihak wartawan. Akhirnya Linda Nanuwil hanya tinggal nama.


Baiklah, kita tinggalkan cerita mengenai Linda. Sebenarnya Zubir lebih tertarik untuk bercerita mengenai rakan seangkatan Linda iaitu Zarina Zainoordin yang khabarnya mengikut jejak langkah Linda apabila dia dikatakan sudah memandu BMW 3 series berwarna hitam.Tapi jangan salah sangka, BMW berkenaan bukannya pemberian peminat, sebaliknya Zarina membelinya dengan duit simpanannya sebagai penyanyi selama ini.Sekalipun nama Zarina tidak segagah Mawi AF3, namun berkat usaha dan kerajinannya memenuhi undangan nyanyian, dia mampu memandu kenderaan mewah. Bukan setakat itu saja, Zubir difahamkan, baru-baru ini Zarina turut menghantar ibunya ke Makkah mengerjakan ibadat haji.Zubir berbangga dengan pencapaian Zarina setakat ini kerana dalam diam-diam dia sebenarnya menjadi kebanggaan keluarga.Sementara itu, Zubir juga baru mendapat cerita, khabarnya finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2006, Leez AF4 yang tersenarai dalam kategori Artis Baru Wanita Popular, menghadiahkan sebuah kereta, khabarnya Citra kepada ayahnya. Amboi bertuah anak abah!




Komen juri: Lumayan pula jadi artis ni, mampu beli kereta mewah....mmm....tapi nama Linda juga yang disebut-sebut...hmmm!

0 comments: