16 Feb 2007

Macam familiar saja!

Hmmm..bila terbaca artikel di bawah teringat pula kes Marsha dengan Kefli. Ini cerita lamakah (wartawan berkenaan ketinggalan) atau cerita baru?

Cerita Artis Kita: Ubat cinta

SEJAK menyertai program TV realiti lagi, kisah seorang gadis yang sekarang berstatus selebriti ini selalu berkait dengan lelaki.

Sekejap dengan artis itu, sekejap dengan jantan ini dan tup! tup! keluar cerita dia dengan teman lain pula.

Banyak sangat versi, bukan versi bertentangan tetapi versi bersilih ganti lelaki. Tak pasti pula kalau si gadis ini jenis yang sunyi dan sentiasa perlukan lelaki di sampingnya.

Selepas senyap dengan cerita cinta dan gosip, kisahnya kembali hangat diperkatakan. Kali ini dengan teman seperjuangan, kononnya mereka asyik dibuai asmara. Baguslah kalau sudah menemui cinta baru, harapnya lebih sejati kali ini.

Cuma yang tak bagusnya pula, teman lelakinya yang juga berstatus sama dengannya, dikatakan ringan tangan. Bukan ringan tangan kerana rajin, tetapi suka bagi penampar dan pukul sana pukul sini. Namun demi cinta, tamparan dan pukulan itu bagaikan ubat penyedap cinta mereka.

Macam tak percaya dengan cerita ini tetapi apabila dijejaki khabar angin lama, macam betul pula. Tidak lama dulu, CAK difahamkan yang teman lelakinya memang panas baran. Nampaknya comel dengan bibir yang murah senyuman, tetapi barannya sukar dikawal.

Bagaimanapun, CAK tak faham, kalau sudah sakit-sakit ditampar, kenapa harus menunggu lagi? Walhal rasanya ramai lagi yang berkenan dengan kecantikannya. Lainlah kalau perempuan ini jenis yang suka disakiti.

Mungkin juga kerana cinta mendalam. Maklumlah CAK tidak bercinta begitu sekali. Sebenarnya kalau difikirkan semula, kisah ini menarik untuk dimasukkan ke dalam slot Kisah Benar atau Neraca.
Hmmm...bila baca cerita artis di bawah ni teringat pula kes

3 comments:

SciaS said...

apa cerita marsha/kefli?? ko ada buat posting ka? sia ketinggalanlah hehehe

dBOS-fm said...

Klik sini

http://dbos-fm.blogspot.com/2006/12/gosip-panas-kefli-pukul-marshahehe.html

dBOS-fm said...

or....ada tu link dalam artikel di atas.