9 Oct 2007

Ebi - Sinar Cinta (versi studio)

Akhirnya dinyanyikan tanpa cacat cela...:)

Bercakap pasal Ebi, teringat pula saya satu luahan rasa hati seorang peminat berhubung ketidakpuasan terhadap anak buahnya yang dikatakan terlebih-lebih menonjolkan diri..*LOL*


Anak saudara artis AF5 lebih sudu dari kuah

26-09-2007 09:43:23 AM

SEBUT saja nama artis AF5 kelahiran di bawah bayu ni mesti semua orang kenal. Jejaka kacak kelahiran Sabah yg lahir dalam sebuah keluarga yg serba kekurangan tapi berjiwa kental dan bersemangat juang yang tinggi.

Rasanya satu Malaya juga dah kenal dengan anak saudara beliau yang merangkap PA tidak rasminya iaitu A, satu-satunya keluarga terdekat yg setia menjadi penyokongnya disetiap konsert mingguan AF yang lalu. Kami sebahagian daripada ahli FC merasa terpanggil untuk meluahkan ketidakpuasan dan rasa terkilan kepada A selaku orang kuat FC KL.

Fakta kami berasas. Berdasarkan pemerhatian, penelitian dan keluhan ramai ahli FC, kami tidak ingin populariti artis AF5 ini yg baru hendak meningkat naik jatuh merundum dan peminat yg selama ini meminatinya lari disebabkan oleh anak saudara beliau sendiri.

Selanjutnya di mStar online

0 comments: