1 Oct 2007
Tayangan unggul Hari Raya
How's your weekend? Did you guys watch the Miss Teen USA 2007 last Saturday. I noticed Che'nelle's song I Fell In Love With The DJ was played as the background music. Looks like she's given due attention down there,unfortunately she's not one of the two invited performers on that night. Oops..silap topik, actually tayangan unggul yang saya maksudkan ialah video movie Esther Esthera. Baru berkesempatan menonton vm ini and after much editing works I came up with my very own trailer for the movie.
Keseluruhannya satu jalan cerita yang baik (walaupun temanya agak biasa dihidangkan yakni berkisarkan cinta terhalang akibat perbezaan darjat). Editing kira tersususn dan betul-betul menepati jalan penceritaan. Namun pada pandangan saya, elemen-elemen yang mampu menimbulkan lebih ciri-ciri dramatik suspense atau dilema kurang ditampilkan. Penyuntingan sekadar melunaskan tugas memberitahu penonton jalan cerita yang selanjutnya. I think I's not a bad idea sekiranya diujudkan satu situasi di mana si Esther (Ivye) ingin kembali semula kepada si Iyan (Sufian Buang), justeru si Iyan yang telah terbuka hatinya pada Estee (kembar Esther, juga dilakonkan oleh Ivye)) berada pada satu persimpangan dilema (..just my humble idealah). Hubungan Esther dan ayahnya juga agak pelik. Pada suatu ketika Esther menyuarakan kepada Iyan dia rela berpisah dengan Iyan daripada menderhaka kepada ayahnya, tapi sekali sampai di KL bukan calang-calang penderhakaan beliau (terhadap ayahnya)...beliau berkahwin dengan pemuda berlainan agama (berpangkat profesor)tanpa pengetahuan dan izin ayahnya pula tu! Terus bapa dia kena serangan sakit jantung. So it shows...cinta Esther terhadap Iyan sebenarnya tidaklah seteguh mana...tiada pertarungan cinta sejati (atau filem ini tidak terdaya menonjolkan pertarungan cinta mereka yang sebenar). Dengan si Iyan dia takut bapa dia, tapi dengan seorang profesor dia main tutup mata saja!*LOL* Proses penjalinan hubungan antara Iyan dan Estee (sikembar) pula berjalan tanpa sebarang cabaran dan dugaan. Si Estee nampak saja si Iyan terus tersangkut. So there you go...sap..sap sui!..not much of a twist and turn. Lakonan para pelakon pula? Thumbs up to Afzul Md. Sidek (watak Gordon - kira villain dalam filem ini) dan Hasnah Ibrahim (nenek si Iyan). Ivye pun ok juga! Pemilihan lokasi juga amat menarik selain daripada penyediaan sarikata bahasa Inggeris (walaupun ada beberapa kesilapan terutama "we're" banyak kali dieja sebagai "were"). Tapi yang lebih menariknya dalam filem ini pelakon muslim membawa watak non-muslim dan adalah pulak tu si Iyan (Sufian Buang) bercadang menjadi paderi! I hope this will not become a big issue (mana tau juga durang mau siar konon v/m ini di RTM sekali kena selidiki...jadi isu besar pula) So demikianlah sedikit sebanyak review dari pakcik. I think tidak rugi juga kalau menonton v/m ni terutama semasa perayaan Hari Raya.
0 comments:
Post a Comment