Kalau ditinjau, bukan 1-Borneo saja yang sedang dalam pembinaan di sekitar KK, malah ada beberapa lagi. Terdapat sebuah dalam pembinaan di sepanjang Jalan Lintas menghala ke Kelombong (kalau tak silap nama dia Star City), and then sebelah Donggongon we have Mega Long (tapi kami panggil magalong...atukkk...punya panjang saya bilang kau..tapi kalau tengok dari tepi...punyalah kurus..mega narrow gitu). Sebelah Putatan ada lagi satu bakal dibina. Sebelah Likas (bersebelahan Likas Square) sebuah lagi sedang dibina (yang ini konsep dia satu tingkat saja dan sudah pasti memakan kawasan yang luas...don't you think it's a waste of land?!). Dan di KK sendiri Kompleks Asia City baru juga siap dan ada sebuah lagi dalam pembinaan (KK Times Square) dan yang terbaru ada lagi sebuah berdekatan dengan Jesselton Point! Itu belum lagi termasuk projek-projek shoplots yang biasa (bukan jenis shopping complex atau mall) yang memang bertempiaran di sana sini. Atuk..atuk! siapalah yang mau occupy semua ni? Sebab yang sudah lama siap pun, macam Central Plaza di Kepayan Ridge dan Tg Aru Plaza di Tg Aru, hanya 10-20% saja berpenghuni!!
(Looks like my favourite outlet MPH Bookstore is no where to be seen above). And just for info, 1-Borneo juga akan menyediakan pengangkutan hovercraft yang akan menghubungi kedua-dua shopping mall ini melalui jalan air. Perancangan akan datang bakal menyaksikan perkhidmatan hovercraft ini beroperasi hingga ke Kota Kinabalu International Airport (maklumat lanjut KLIK SINI). So kalau KL mengatasi masalah kesesakan lalulintas dengan LRT, monorail dsb, KK akan bermegah dengan pengangkutan air melaui khidmat hovercraft (tu dia...pengangkutan air bah sya bilang kau! mana mau cari? Silap sikit boleh nampak ikan duyung melambai-lambai...kekekek). Adakah bermakna KK lebih kelas dari KL? So sama-samalah kita tunggu dan lihat perkembangan KK selanjutnya, yang semakin hari semakin menghala ke bandaraya metropolitan.
2 comments:
paling best..ada 36 lanes bowling hehehe...tapi jauh bahkan..saya boleh bayangkan kesesakan jalan sulaman..tu pasal ada cadangan hovercraft tu :)
susah juga mo cakap sambutan ni hovercraft...sbb boleh muat 30 penumpang saja...entah brapa biji hovercraft disediakan
Post a Comment