28 Feb 2009

Filem pendek Dusun menang anugerah Kirana.

Click link untuk menonton filem tersebut Odoi Odu

Anugerah Filem Pendek Astro Kirana 2008/2009 malam tadi telah menobatkan filem Odoi Odu (Oh Grandma) sebuah filem berbahasa Dusun dari Sabah sebagai pemenang utama. Filem ini mengisahkan kehidupan seorang nenek tua yang miskin dan hidup sebatang kara tetapi masih mampu merasai kewujudan roh suaminya

Farizie (tengah) diapit Christopher Low pemenang kedua (kanan) dan Shuhaimi Zulkefli (ketiga)


Selain daripada hadiah utama filem ini juga menyapu bersih anugerah-anugerah untuk Pengarahan Terbaik, Cerita Terbaik serta Lakonan Terbaik.

"Demi untuk menyertai pertandingan anugerah filem pendek ini, banyak cabaran serta dugaan yang terpaksa saya tempuhi. Antaranya saya tidak mampu melakukan kerja-kerja suntingan kerana ketiadaan kompuiter peribadi dan pertolongan yang saya harapkan daripada beberapa rakan pula berdepan dengan pelbagai kesulitan. Hampir saya berputus asa untuk meneruskan kerja seni saya. Tapi, saya cuba kumpulkan semula kekuatan dan akhirnya berkat daripada kesabaran, saya tetap berhasil untuk
melakukannya,"


Kata produser, pengarah serta pelakon filem ini, Farizie Morinding dari Ranau. Beliau membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000, trofi serta bajet menghasilkan filem cereka bernilai RM100,000 hasil tajaan Tayangan Unggul Sdn Bhd

dbos: Tahniah! Bah saudara siapa yang menang ni?. Actually I did check out Kirana last night (around 9 pm) just because Stacy, Nikki and Adam performed in the event, but there was no live telecast. Rupa-rupanya malam ni (Sabtu) pula siaran tertunda jam 9 malam saluran Kirana (122)

3 comments:

Si Katak Hodoh said...

nasib baik juga ko bgtau dBoss, kalau tdk saya pun nda tau tu... Tq :). Mo tgk juga malam ni bah

defoo said...

mesti saudara sy ni sbb sama2 dari ranau ni hehehe...

dBOS-fm said...

Si Katak Hodoh - sudah tengok tpi mcm sikit ja sedutan2 dia..ndak puas tengok. Mcm sedih ja kisah tu :)

defoo - bah p kama siasat...sa rasa dia pakai family (grandfather) name ni mengkali :-)