23 Feb 2009

MyStarz LG2 - Penghawa dingin untuk Hairi

Hairi sekadar menduduki tempat keempat dalam pertandingan akhir MyStarz LG Musim Kedua yang berlangsung semalam di Pusat Dagangan Dunia Putera KL.

Fiq dan Hairi (kredit)

Beliau yang mendendangkan lagu duetnya dengan Fiq, ‘Debunga Wangi’ dan ‘Opera Hidup’ serta lagu medley ‘Lagu Untukmu’ dan ‘Kau Yang Bernama Seri’ tidak pulang dengan tangan kosong sebaliknya berjaya membawa pulang hadiah penghawa dingin LG (Art Cool) selepas meraih tempat keempat dalam program tersebut.

Juara pertandingan tersebut musim ini disandang oleh Wana


Wana (I swear I did see another person wear the same dress before)

Tempat kedua, Nashrin dan ketiga Cassie. Wana bakal mengikat kontrak dengan syarikat rakaman Warner Music sebagai sebahagian daripada ganjaran kemenangan dan single beliau bakal dikeluarkan dalam masa tiga bulan dari sekarang. Perkembangan ini juga menyebabkan kita tertanya-tanya nasib juara MyStarz LG Musim Pertama, Tasha, yang langsung tiada khabar berita.

2 comments:

SciaS said...

Baju Wana kalo tidak silap...mcm Nikki and Marsha pernah pakai...tapi versi pendek mengkali tu hehehe

dBOS-fm said...

kan! ko pun notis (antara durang berdua lah tu...tapi mcm ada seorang lagi Fasha kah siapa tu?)