Rabu Februari 4, 2009
Mas mengamuk, kini ditahan di Wad Neuro, HKL
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
[SEMASA] PETALING JAYA: Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2 (AF2), Asma Ghani atau dikenali sebagai Mas, 28, kini ditahan di Wad Neurologi, Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami tekanan jiwa.
Ketua Pegawai Operasi Maestro Freddie Fernandez memaklumkan, Mas ditahan di hospital tersebut selepas mengamuk dan ditangkap di sebuah balai polis semalam.
"Saya tak pasti sangat tentang sebab dia mengamuk di balai polis itu," kata Freddie ketika dihubungi petang tadi.
Jelasnya lagi, "Saya akan cuba membantu Mas untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapinya.
"Saya harap semuanya akan berakhri dengan baik," kata Freddie yang prihatin dengan nasib yang diterima anak buahnya itu.
Tambah Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) itu, selepas mengetahui berita tersebut, beliau akan melawat penyanyi dan pelakon kelahiran Tawau, Sabah itu di HKL pada pukul 1 petang esok.
Justeru, kata beliau, pihak Maestro akan mengadakan satu sidang media tergempar berkaitan dengan kes yang dialami oleh Mas.
Dalam pada itu, sumber yang sahih mengatakan berita mengenai seorang bintang realiti mengamuk di Balai Polis Ampang heboh diperkatakan pada awal minggu ini.
Bintang realiti berstatus janda serta mempunyai anak itu mengamuk di balai polis gara-gara disaman selepas memandu tanpa lesen dan membuat pusingan ‘U’ di tempat yang dilarang.
“Mas memberi alasan kepada polis yang dia membuat pusingan ‘U’ semasa sedang bergaduh dengan kekasihnya namun polis tidak dapat menerima alasannya lalu dia mengamuk kepada polis,” kata sumber itu.
Sumber itu juga menambah, ini merupakan kali kedua Mas membuat hal dan mengamuk di balai polis.
Mas adalah ibu tunggal kepada Nurfadilah, 10, dan Mohd. Fadzil, 8.
Ada sumber lain mengatakan kereta tersebut dipandu oleh kekasihnya...mmm entah mana yang betul. Bercakaran kunun dalam kereta :-)
Sumber : mStar
2 comments:
mas oh mas....sabar saja ko bah...
sy suka tgk watak si mas dalam rancangan amboi amboi amboi azwan ali tu...
hehehhee
mengucap Mas! Mengucap!
(dia ni tension pasal bf kah pasal kerja?)
Post a Comment