13 Feb 2009

Mas bersuara

Nampak gaya kes Mas semakin hangat bila tuan empunya diri sendiri bersuara menjelaskan situasi sebenar.

Credit


Mengajak Rock kahwin?

"Bila saya nak kahwin dengan dia? Sikit pun saya tak pernah merancang untuk berkahwin apa lagi dengan lelaki yang bernama Rock. Saya tak pernah merayu kepada seorang lelaki untuk berkahwin dengan saya. Bunyinya agak keterlaluan. Seolah-olah saya tak ada maruah dan tidak ada keluarga, sehingga dia berani memberi kenyataan begitu. Lagipun macam mana saya nak kahwin dengan dia kalau
selama ini saya yang banyak berhabis?

"Untuk pengetahuan semua, baru sebulan saya kenal dia dan bukan setahun seperti yang dikatakannya. Kalau saya kenal dia setahun, rasanya badan saya mesti kurus kering sebab tak ada duit dan bukan berisi macam sekarang,"

"Saya tak cintakan dia. Banyak benda yang saya buat di luar kesedaran. Saya hanya mengikut apa yang disuruh. Perkara sudah berlalu. Harap-harap saya tidak berjumpa dengannya lagi,"


Kena pugai mengkali si Mas ini kan? (oops!)

RM 20,000 diberi kepada Maestro?

Mas juga memberitahu sejumlah wang sebanyak RM 20,000 diberikan kepada Freddie Fernandez untuk tujuan menyiapkan album mini beliau. Namun dakwaan ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Freddie Fernandez

“Mas kata dia melaburkan RM 20,000 untuk terbitkan album sebenarnya adalah tidak benar sama sekali.Ini bukan cara Maestro terbitkan album artis. Kami tidak pernah ambil duit artis yang bernaung di bawah syarikat kami.

“Maestro yang menanggung semua kos penerbitan album dia (Mas) walaupun kami tahu peluang untuk dapat semula modal pun susah, kami menerbitkan album dia (Mas) atas dasar simpati kerana kontraknya dengan Maestro telah tamat sejak dua tahun yang lalu.

“Pihak kami juga tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian dengan Mas untuk menghasilkan album ini, semuanya dilakukan secara lisan sahaja,”

Pegawai PR Maestro Othman Mahmood pula berkata dakwaan Mas berhubung duit RM 20,000 itu telah menjejaskan reputasi dan nama Maestro (hehe...kena kamu tamparan kipas sate)

Siapakah yang sebenarnya bercakap bohong dan siapakah yang bercakap benar...nantikan episod seterusnya!

1 comments:

Anonymous said...

teringat plak satu-satunya lagu mas...tajuknya Bohong

mcm ngam plak tuh ditujukan utk si rock sama maestro....hehehe