11 Feb 2009

Menunaikan beberapa permintaan

Lagu-lagu ciptaan Alicia Kulungan

Hari tu, dalam ruangan komen ada kawan kita bertanyakan lagu-lagu dari penyanyi-penyanyi evergreen antaranya seperti Mary Intiang dan Alicia Kulungan. Walaupun lagu-lagu dendangan asal Alicia Kulungan tiada dalam koleksi, yang menariknya lagu-lagu hasil ciptaan beliau ada didendangkan oleh Mary Intiang. Seperti lagu berikut.

Mary Intiang - Tiad Ku Dii Ugad Koh (lagu/lirik: Alicia Kulungan)



Sebuah lagi lagu ciptaan beliau yang kira begitu meletup-letup di era 60-an ialah lagu yang berjudul Isai Koupusan Nu didendangkan di sini oleh Bibiana Kinsun

Bibiana Kinsun - Isai Koupusan Nu (lagu/lirik:Alicia Kulungan)



Kalau menurut cerita senior-senior, lagu ni saja yang dimainkan time..time ada party, terutama sekali bila tibanya sesi menari "slow dance"...lampu samar-samar you! (Ada mamai-mamai..aunty-aunty yang boleh menyokong lagi kenyataan ini? Hehe). Mana ada lagi generasi sekarang ini yang menari "slow dance" diiringi lagu romantik tempatan (ada kah?). Mengikut cerita orang-orang veteran lagi, adalah juga pihak-pihak yang menuduh beberapa lagu ciptaan Mrs Kulungan ini, saduran dari lagu-lagu Tionghua (entahlah sejauh mana betulnya dakwaan ini mungkin juga ada yang jealous...cos it's such a phenomenon being a lady composer back in the 60's). Mana ada komposer perempuan tempatan di era 60-an kan? Adakah? Si (mendiang) Mini Inus tu errr..kes lain (saya tercari-cari juga lagu-lagu dia ni). Di S'jung pun time tu macam belum ada..

Lagu-lagu di atas dimainkan separuh-separuh aja. Kalau anda mahu yang sepenuhnya cari saja VCD Karaoke di bawah ni :-). Lagu-lagu lain ciptaan Madam Alicia Kulungan dalam album ini ialah lagu pada Trek 2, 3, 7 dan 11.


Yang saya gelihati pada info dalam album di atas ialah bila dua buah lagu Tionghua termasuk lagu "Dayung Sampan" ditulis nama penciptanya sebagai orang tempatan. Matilah kalau kedapatan (ko berani mengaku lagu...Dayung sampan...dayung...dayung sampan lagu ko?)

Emmely - Ateng

Somebody asked for this song, an English song called Emmely by Ateng. Take a listen (non full version)




The full version is available from this album



Yang Berlalu Takkan Berulang - Lotter (Studio Version)

Finally somebody requested for this song.



Taken from Koleksi Terbaik AF vol 2 Cd 2

1 comments:

Anonymous said...

makasey d-bos.... ko kasi tunai permintaan sa... lagu lotter yang berlalu takkan berulang versi studi punya.... Bagus....bah....